Page 142 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 142

Permainan Tradisional:                                                                                                Cara Bermain

              Tiang Empat


                                                                                                                                                                      Jadi
              Salah satu permainan tradisional yang popular dimainkan oleh kanak-kanak dan masyarakat                        1                           2           Tukang             3
              sehingga kini pada waktu senggang ialah Tiang Empat. Permainan ini juga dikenali sebagai                                                                                           Tiang
              permainan Minta Api. Dalam permainan ini, pemain akan menunjukkan kepantasan dan                                       Mula!
              kelajuan merebut tiang sesama mereka. Pemain perlu bijak menyusun strategi dan sentiasa
              berkomunikasi bagi memastikan kekal mendapat tiang mahupun bertukar menjadi perebut
              tiang (Tukang Jadi).

                 Pada waktu dahulu, permainan ini dimainkan di bawah rumah yang mempunyai banyak
              tiang. Jika tiada tiang, pemain akan mencari batang pokok untuk dijadikan tiang. Kini, permainan                 Kesemua pemain berdiri     Semua pemain berlari untuk      Tukang Jadi akan berada
              ini dimainkan di koridor atau laluan pejalan kaki di sekolah yang mempunyai banyak tiang.                        atau mencangkung           merebut tiang. Pemain yang      di tengah-tengah di antara
                                                                                                                               di antara empat tiang      tidak berjaya mendapatkan       empat tiang sebelum
                                                                                                                               yang sama jarak secara     mana-mana tiang perlu           permainan dimulakan.
                       Peraturan Permainan                                                                                     menghadap satu sama        menjadi Tukang Jadi.
                                     3
                                                                                                                               lain. Salah seorang pemain
                                                                                                                               akan menyebut  “mula”.
               1   Ketika bermain, setiap pemain mesti menyentuh
                  tiang menggunakan mana-mana anggota badan.
               2  Tukang Jadi perlu merebut tiang yang tidak                                                                   4          Tukang                              5          Saya
                                                                                                                                           Jadi
                  disentuh oleh pemain.                                                                                                                                                 berjaya.
               3  Permainan akan diulang semula setelah Tukang
                  Jadi berjaya merebut salah satu tiang.
               Sumber: Shamsul Anuar Nasarah dan Ahmad Shahar Nasarah (2005)                                                                                                                                            Pendidikan Jasmani



                                                                                                                                                                             Peranan Tukang Jadi akan bertukar
       Pendidikan Jasmani
                                                                                                                                                                             kepada pemain yang tiangnya
                    Info                                                                                                       Apabila permainan dimulakan,                  berjaya dirampas. Permainan akan
                                                                                                                                                                             dimulakan semula. Permainan boleh
                                                                                                                               pemain perlu bertukar-tukar tiang
                    TAMBAHAN                                                                                                   antara satu sama lain. Semasa proses          ditamatkan dengan persetujuan oleh
                 •  Tukang Jadi perlulah mempunyai strategi dan helah                                                          pertukaran ini, Tukang Jadi akan              semua pemain.
                  yang licik supaya dapat mengambil kesempatan                                                                 mengambil peluang merebut tiang
                  semasa pertukaran tiang berlaku.                                                                             yang ditinggalkan oleh pemain.                      Sumber: Shamsul Anuar Nasarah dan
                 •  Permainan ini hanya berdasarkan ketangkasan,                                                                                                                        Ahmad Shahar Nasarah (2005)
                  kelajuan, kecekapan, strategi dan
                  komunikasi berkesan. Tiada sebarang
                  mata dipungut atau denda dikenakan                                                                                                                                                     IMBAS DI SINI
                  untuk menentukan kemenangan.                                                                                                        Pemain akan digelar “juara” apabila tidak pernah kehilangan
                 •  Persetujuan bertukar tiang perlu                                                                               Tahukah            tiang (rumah). Pemain juara tentunya seorang yang tangkas,
                  dilakukan secara senyap dengan                                                                                   ANDA               pandai menyusun strategi, tajam penglihatan dan licik
                  menggunakan pelbagai helah seperti bahasa                                                                                           dalam pergerakan untuk merebut setiap peluang yang ada.
                  isyarat supaya tidak disedari oleh Tukang Jadi.                                                                                                                                        Tiang Empat


                                                                                                                                       1.  Permainan ini memerlukan semangat kesukanan dan nilai-nilai murni yang tinggi dalam kalangan
                      •  Aktiviti memanas dan menyejukkan badan                                                                          pemain. Senaraikan nilai murni yang perlu dimiliki dan berikan justifikasinya.
                        dilakukan sebelum dan selepas permainan.                                                                       2.  Bagaimanakah anda boleh meningkatkan komunikasi antara rakan yang mempunyai tiang
                      •  Pastikan alatan dan tempat bermain selamat                                                                      apabila pertukaran tiang berlaku?
                        dan sesuai.


               132        SP:   1.9.2, 2.9.2, 5.2.3, 5.3.2, 5.5.1                                                                                                                                            133
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147