Page 158 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 158

Komposisi Badan                                                                                                        Prosedur WHR: Kaedah Ukur Lilit


                                                                                                                              1  Murid berpasangan iaitu seorang sebagai penguji dan seorang sebagai subjek yang diukur.
              WHR (Waist to Hip Ratio) merupakan satu kaedah nisbah lilitan pinggang ke pinggul yang diambil                  2  Subjek berdiri dalam keadaan tegak.
              bagi menentukan komposisi badan berdasarkan carta norma. Ukuran diambil dalam sentimeter.                       3  Penguji mengambil ukuran di bahagian lilitan pinggang. Satu sentimeter di atas pusat
              Ukuran dibuat di sekeliling bahagian yang sempit antara tulang rusuk dengan pinggul dan dilihat                   (umbilicus) (seperti dalam rajah), lalu mencatatkannya pada borang skor.
              dari pandangan hadapan selepas menghembus nafas. Lilitan pinggul pula dibuat pada bahagian                      4  Penguji mengambil ukuran di bahagian lilitan pinggul, lalu mencatatkannya pada
              punggung yang bersaiz maksimum apabila dilihat dari bahagian sisi.
                                                                                                                                borang skor.
                 Lilitan pinggang (waist circumference, WC) ialah kaedah yang ringkas dan digunakan untuk                     5  Pengiraan dibuat berdasarkan kepada formula:  pinggang
              menggambarkan taburan lemak di bahagian perut (abdominal fat). Kaedah ini sangat berguna                                                                                                                              pinggul
              untuk individu yang mempunyai BMI (body mass index) yang normal dan mempunyai lebih berat
              badan. Sesiapa yang mempunyai BMI >35kg.m  tidak perlu mengukur WC kerana bacaan BMI                                                             Sumber: Junaidy Mohamad Hashim dan Saidil Mazlan Abdul Razak (2017)
                                                         2
              tidak memberi sebarang kesan kepadanya.
                  Kaedah ini juga boleh menentukan sama ada individu tersebut mempunyai badan
              berbentuk epal atau pear. Lelaki lebih cenderung mempunyai lemak yang banyak di bahagian
              perut dipanggil visceral fat berbentuk epal. Lemak ini juga dikenali sebagai obesiti pusat. Bagi
              perempuan pula, lemak banyak di kawasan punggung berbanding perut. Bentuk badan seperti
              ini dipanggil buah pear.



                                                                                                                                                                                                                        Pendidikan Jasmani
                                                                                                                                         Pinggang                    Pinggul                     Pinggul


                                                                                                                           Contoh borang skor


                                                                                                                            Nama:
       Pendidikan Jasmani
                                                                                                                                                                                Kiraan
                                                                                                                             Bil.     Pinggang              Pinggul          Pinggang (cm)        Keputusan
                                                                                                                                                                              Pinggul (cm)












                  Lelaki lebih cenderung mempunyai badan       Perempuan lebih cenderung mempunyai
                           berbentuk buah epal                      badan berbentuk buah pear                              Norma WHR


                                                                                                                               Jantina     Cemerlang        Baik       Sederhana       Tinggi      Sangat tinggi
                Info                                                                                                            Lelaki      < 0.85cm      0.85 – 0.90   0.90 – 0.95   0.95 – 1.00     > 1.00
                 TAMBAHAN
              Kesejahteraan ialah kesihatan optimum dan seimbang yang melibatkan                                             Perempuan      < 0.75cm      0.75 – 0.80   0.80 – 0.85   0.85 – 0.90     > 0.90
              aspek fizikal, emosi, intelek, rohaniah, sosial dan persekitaran.
                                           Sumber: Powers dan Dodd (2017)



               148        SP:   3.1.5, 4.1.3, 5.1.1, 5.4.1                                                                                                                                                   149
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163