Page 19 - SK tingkatan 5
P. 19
(b) Penyulitan tidak simetri (Asymmetric encryption)
Rajah 1.1.5 menunjukkan penyulitan tidak simetri yang menggunakan
konsep pasangan “kunci”. “Kunci” yang berbeza digunakan untuk
proses penyulitan dan nyahsulit.
Teks biasa Teks sifer Teks biasa
Hi! Apa khabar? &^$#@KgySDL0v Hi! Apa khabar?
Penyulitan medium Nyahsulit
Penghantar (encryption) penghantaran (decryption) Penerima
Rajah 1.1.5 Penyulitan tidak simetri (Asymmetric encryption), iaitu penyulitan dan nyahsulit teks menggunakan kunci yang
berlainan.
Bagi melaksanakan proses penyulitan dan nyahsulit data, terdapat
beberapa kaedah yang boleh dipelajari dan digunakan. Salah satu kaedah
yang paling ringkas untuk memahami cara proses penyulitan dilaksanakan
ialah kaedah Caesar Cipher.
Caesar Cipher
Julius Caesar mencipta kaedah Caesar Cipher yang juga dikenali sebagai
cipher shift. Caesar Cipher ialah salah satu bentuk penyulitan yang paling
mudah. Caesar Cipher merupakan cipher penggantian (substitution), iaitu
setiap huruf teks biasa (plaintext ) digantikan dengan huruf yang sepadan
dengan huruf dalam abjad (A–Z). Formula Matematik yang digunakan
dalam kaedah Caesar Cipher adalah seperti yang berikut:
E n(x) = (x + n) mod 26
n – merujuk bilangan anjakan (sama ada tiga atau lebih). Caesar cipher
goo.gl/71HnNX
mod 26 – merujuk jumlah huruf A hingga Z, iaitu 26. Sekiranya huruf
dianjak sehingga akhir abjad, iaitu Z, hurufnya akan berpusing ke
huruf permulaan semula, iaitu bermula dengan A.
Contoh: huruf E (A) = (A + 3) mod 26 = D, iaitu [A + turutan 3 huruf
3
(B, C, D)], iaitu menggunakan peralihan atau anjakan ke kanan
sebanyak 3 kali.
What is encryption
Dengan itu, teks biasa huruf A bersamaan dengan teks sifer huruf D. and decryption?
goo.gl/UyN5yV
Proses nyahsulit (decryption) terhadap teks sifer (Ciphertext )
dilakukan dengan cara yang sama tetapi dengan menolak jumlah
anjakan.
PB BAB 1 Pengkomputeran 11

