Page 18 - SK tingkatan 5
P. 18
Tahukah 1.1.4 Penyulitan dan Nyahsulit Data
Anda Menggunakan Caesar Cipher
Terdapat empat fungsi
utama kriptografi pada Kriptografi (Cryptography ) merupakan satu cabang dalam bidang Sains
masa ini, iaitu: Komputer dan Teknologi Maklumat yang amat penting terutamanya untuk
1 Memelihara menangani masalah dalam bidang keselamatan data agar pengguna
privasi selamat daripada dipintas oleh pihak ketiga semasa melalui proses seperti
(confidentiality) urus niaga perbankan dalam talian, log masuk laman web dan sebagainya.
2 Menjamin
ketulenan Perkara ini boleh dilakukan dengan proses seperti penyulitan data bagi
(authentication) melindungi privasi data pengguna.
3 Memastikan
integriti Penyulitan
4 Mengelakkan
penafian atau Penyulitan ialah proses penterjemahan data kepada bentuk kod rahsia
penipuan yang tidak dapat difahami dan merupakan satu cara yang paling berkesan
(nonrepudiation)
untuk melindungi data. Data yang belum melalui proses penyulitan disebut
Sumber: sebagai teks biasa (plaintext ). Selepas melalui penyulitan, data tersebut
technet.microsoft. merupakan teks sifer (ciphertext ). Maksud bagi istilah penyulitan dan
com/en-us/library/
cc961634.aspx nyahsulit ialah:
Penyulitan (encryption) data ialah proses pengekodan teks biasa
(plaintext ) kepada bentuk teks sifer (ciphertext ) yang tidak dapat difahami.
Aplikasi Nyahsulit (decryption) data ialah proses pengekodan teks sifer
Harian (ciphertext ) kepada bentuk teks biasa (plaintext ).
Anda boleh layari
goo.gl/3BZD02 Jenis Penyulitan
untuk mencuba
proses penyulitan dan Terdapat dua jenis penyulitan, iaitu penyulitan simetri (symmetric
nyahsulit. Selamat encryption) dan penyulitan tidak simetri (asymmetric encryption). Rajah
mencuba!
1.1.4 dan 1.1.5 menunjukkan perbezaan bagi kedua-dua jenis penyulitan.
(a) Penyulitan simetri (Symmetric encryption)
Rajah 1.1.4 menunjukkan penyulitan simetri, iaitu “kunci” yang
digunakan bagi penyulitan dan nyahsulit teks adalah daripada jenis
yang sama.
Teks biasa Teks sifer Teks biasa
Hi! Apa khabar? &^$#@KgySDL0v Hi! Apa khabar?
Penghantar Penyulitan medium Nyahsulit
(encryption) penghantaran (decryption) Penerima
Rajah 1.1.4 Penyulitan simetri (Symmetric encryption), iaitu penyulitan dan nyahsulit teks menggunakan kunci yang sama.
10 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

