Page 21 - SK tingkatan 5
P. 21

AKTIVITI 4              Kerja Kumpulan
                                            Caesar Cipher


                    Cikgu Ramesh telah mengadakan pertandingan mencari harta karun bersempena dengan Sehari
                    Bersama Kelab Sains Komputer di sekolahnya. Cikgu Ramesh telah menyediakan pembayang di lokasi
                    yang terdapat petunjuk untuk ke lokasi akhir harta karun bagi setiap peserta dalam bentuk ciphertext.
                    Terdapat lima pembayang lokasi yang perlu dinyahsulitkan oleh peserta, iaitu:




                                                                        U
                                                                             T
                                                                          B
                                          Blok bilik darjah  Blok pentadbiran  S


                                                          Koperasi
                                                                      Stor sukan
                               Perpustakaan

                                                               Kantin


                                                Padang
                                                                                   1  NDQWLQ
                                                                                   2  SHUSXVWDNDDQ
                                                                                   3  VWRU VXNDQ
                                                                                   4  NRSHUDVL



                    Diberi nilai anjakan n = 3. Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang ahli. Kemudian,
                    nyahsulitkan ciphertext yang diberikan.

                    Selamat mencuba!




                    1.1.5  Implikasi Sosial Hasil Penggodaman dan Cetak
                           Rompak Perisian


                  Cetak rompak atau pencabulan hak cipta ialah perbuatan menyalin semula, menerbitkan atau
                  menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman digital seperti video dan perisian komputer
                  yang dilakukan tanpa kebenaran pemegang hak cipta bagi harta intelek tersebut dengan matlamat
                  mengaut keuntungan.
                     Penggodam (hackers) ialah penjenayah siber yang bertindak memintas komunikasi rangkaian bagi
                  memperoleh data penting pengguna untuk dieksploitasikan. Kegiatan cetak rompak dan penggodam
                  merupakan satu kesalahan menurut Akta Hak Cipta 1987 (pindaan 1997) dan Akta Jenayah Komputer
                  1996 yang digariskan oleh kerajaan. Kedua-dua aktiviti yang tidak sah ini mengakibatkan kerugian
                  kepada mangsa, industri dan negara.


 PB                                                                             BAB 1  Pengkomputeran 13
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26