Page 236 - SK tingkatan 5
P. 236
CONTOH 1
Contoh 1 menerangkan penggunaan fungsi fopen.
$f=fopen ("LogMasuk.txt", "w");
"$f" di sini merujuk pemboleh ubah bagi mewakili fail teks yang akan digunakan dalam pelayan.
"LogMasuk" ialah nama fail teks yang kita cadangkan untuk menyimpan teks manakala "w" bermaksud
bahawa fail tersebut dalam mod writing (bertulis). Selain mod "w", mod "a" (appending) juga boleh
digunakan sebagai cara untuk menambah kandungan teks ke dalam fail teks tersebut.
Mod capaian sebarang fail akan menentukan operasi yang boleh
dilaksanakan oleh fail teks tersebut. Jadual 3.2.1 menunjukkan ringkasan
beberapa mod capaian fail teks.
Tahukah Jadual 3.2.1 Mod capaian dan penerangan
Anda
Mod capaian Penerangan
Apakah fail PHP? r Fail dibuka hanya untuk dibaca sahaja
✓ Fail PHP boleh Fail dibuka hanya untuk ditulis sahaja
mengandungi teks, w (bermula dari awal fail)
JavaScript dan
kod PHP. a Fail dibuka untuk ditulis sahaja
(bermula di akhir fail)
✓ Kod PHP dilakukan
terhadap pelayan, r + Fail dibuka untuk dibaca/ditulis. Penunjuk fail bermula
dan keputusannya daripada permulaan fail tersebut.
kembali kepada Fail dibuka untuk dibaca/ditulis. Memadamkan kandungan
pelayar seperti w + fail atau mencipta fail baharu sekiranya fail belum wujud.
HTML. Penunjuk fail bermula daripada permulaan fail tersebut.
✓ Fail PHP Fail dibuka untuk dibaca/ditulis. Kandungan fail tersebut
mempunyai a + terpelihara. Mencipta fail baharu sekiranya fail belum wujud.
sambungan ".php". Penunjuk fail bermula daripada penghujung fail tersebut.
Sumber:
goo.gl/FumQuW Contoh-contoh dalam pelajaran ini akan menggunakan fail teks kosong
yang dipanggil "LogMasuk.txt". Namun, anda juga boleh membuat fail
teks anda sendiri jika anda mahu.
Mari kita cuba untuk membuka fail teks dengan menggunakan mod
"w" (writing) dan seterusnya menyimpan (menulis) sesuatu teks ke dalam
fail teks tersebut.
Antara langkah yang perlu ada fail PHP ialah:
1 Buka fail menggunakan fopen.
2 Tulis isi kandungan fail yang telah dibuka dengan teks menggunakan
fwrite.
3 Tutup fail yang telah dibuka menggunakan fclose.
228 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

