Page 285 - SK tingkatan 5
P. 285
Penekanan Maklumat dalam Web
Prinsip penekanan merujuk maklumat atau kandungan yang ingin
diberikan perhatian dalam laman web tersebut. Dalam setiap laman web
yang dibina, pereka web perlu menentukan maklumat atau kandungan
penting yang harus diberi penekanan dan teknik atau kaedah yang sesuai Website Design
goo.gl/FPcjLC
yang perlu digunakan untuk menarik perhatian pengguna laman web.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian
pengguna. Antara caranya adalah seperti yang berikut:
• Penggunaan kesan khas seperti drop shadow, tekstur atau cahaya dan
bentuk.
• Penggunaan ruang putih untuk menjadikan elemen-elemen kelihatan lebih
terserlah (seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.5)
• Penggunaan fungsi bold, italic, warna yang berbeza dan border.
Rajah 3.3.5 Contoh penggunaan ruang putih bagi menonjolkan elemen imej serta pilihan bar navigasi yang digunakan
BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 277

