Page 284 - SK tingkatan 5
P. 284
Tahukah
Anda
Internet Explorer Google Chrome Firefox
Rajah 3.3.3 Jenis pelayar untuk memaparkan laman web
Google Chrome
merupakan pelayar Selain kepelbagaian jenis pelayar, kepelbagaian kaedah capaian
yang mendahului carta Internet yang digunakan bagi setiap pengguna seperti kelajuan capaian
populariti pelayar
sejak lima tahun lalu. juga harus diambil kira. Sebagai contoh, sekiranya laman web dibina untuk
tujuan hiburan seperti permainan dalam talian, permainan ini mungkin
memerlukan capaian yang lebih laju berbanding dengan laman web yang
dibina untuk sumber maklumat seperti berita.
Kadangkala sesetengah laman web memerlukan perisian sokongan
khas untuk menyokong paparan seperti animasi, audio atau video. Pereka
web perlu peka tentang pemilihan jenis perisian sokongan, misalnya
memilih perisian yang diketahui umum dan digunakan secara meluas.
Statistik Populariti Contohnya, bagi animasi, perisian sokongan yang biasa digunakan adalah
Pelayar seperti Flash.
goo.gl/BQULLf
Kepelbagaian saiz skrin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.4
juga tidak boleh dipandang remeh. Hal ini dikatakan demikian kerana saiz
paparan skrin akan memberikan impak secara terus pada kualiti paparan
web berdasarkan saiz resolusi yang digunakan. Bagi skrin berjenis LCD
(liquid crystal display ), saiz resolusi diukur berdasarkan saiz skrin paparan.
Uji Minda
Contohnya, skrin monitor bersaiz 19 inci biasanya mempunyai saiz resolusi
1440 × 900 manakala skrin bersaiz 22 inci mempunyai saiz resolusi
Nyatakan pelayar- 1680 × 1050. Semakin tinggi bilangan resolusi, bermakna semakin tinggi
pelayar lain yang anda
tahu selain yang telah bilangan piksel dan semakin jelas dan cantik kualiti paparan. Oleh itu,
dipelajari dalam topik pereka web harus memastikan laman web yang dipaparkan perlu fleksibel
ini. selari dengan kepelbagaian saiz skrin yang tersedia untuk digunakan
oleh pengguna.
24 inci
19 inci
4 inci 4.7 inci 5 inci 7 inci
24" 19" 4" 4.7" 5" 7"
Rajah 3.3.4 Contoh beberapa saiz paparan skrin dalam inci
276 Sains Komputer Tingkatan 5

