Page 286 - SK tingkatan 5
P. 286

Perbezaan Elemen dalam Web
                                         Konsep perbezaan digunakan untuk menghasilkan tarikan visual terhadap
                          Malaysiaku!    suatu elemen yang ingin ditekankan dalam laman web. Semakin besar
                                         perbezaan suatu elemen yang ingin ditonjolkan berbanding dengan elemen
                                         lain di persekitarannya, maka elemen tersebut akan kelihatan lebih berbeza.
                  Sistem Analisis        Penggunaan konsep perbezaan ini juga mampu menghasilkan sistem
                  Peperiksaan Sekolah
                  (SAPS) ialah sistem    navigasi yang lebih mudah dan dapat memandu pelawat untuk mencapai
                  yang disediakan        maklumat yang dikehendaki atau mengarah mereka ke tempat yang
                  oleh Kementerian       ingin ditujui.
                  Pendidikan Malaysia
                  (KPM). Tujuan sistem     Antara kaedah perbezaan yang boleh digunakan adalah yang seperti
                  ini dibangunkan adalah   berikut:
                  untuk menganalisis     •  Penggunaan label dan pautan yang berbeza.
                  data peperiksaan       •  Penggunaan border, warna yang berbeza dan juga kesan khas.
                  dalaman setiap sekolah
                  di seluruh Malaysia.   •  Penggunaan ruang putih, teks terbalik, teks berhuruf condong (italic)
                  Sistem ini ialah         dan saiz teks yang berbeza.
                  salah satu revolusi    •  Penggunaan prinsip perbezaan warna dalam memberi kelainan pada
                  dalam pendidikan di      butang login (seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.3.6).
                  Malaysia yang boleh
                  dimanfaatkan oleh ibu
                  bapa untuk memantau
                  perkembangan prestasi
                  anak-anak mereka.












                                           Rajah 3.3.6   Contoh laman web Twitter yang menggunakan prinsip perbezaan bagi
                                                    memberikan penegasan kepada butang login
                 Typography
                 Prinsip typography merujuk penyusunan teks yang dipaparkan dalam laman web. Penyusunan teks
                 yang baik memudahkan pemahaman dalam proses pembacaan dan juga meningkatkan elemen mesra
                 pengguna dalam laman web. Penggunaan grafik dan teks yang saling melengkapi mampu membentuk
                 imej dalam minda pembaca. Selain itu, typography juga mampu menyampaikan mesej atau idea pereka
                 web yang mungkin bersifat profesional kepada pembacanya dengan lebih baik.
                   Terdapat beberapa corak penyusunan teks bagi laman web. Corak penyusunan ini boleh digunakan
                 mengikut gaya pembacaan pengguna. Rajah 3.3.7 menunjukkan salah satu corak penyusunan dan
                 paparan teks berasaskan skrin. Corak penyusunan teks lain yang mengikut gaya pembacaan pengguna
                 adalah seperti yang berikut:
                 •  Corak paparan berasaskan kertas
                 •  Corak paparan secara Z-shaped
                 •  Corak paparan secara F-shaped


                 278   Sains Komputer Tingkatan 5
   281   282   283   284   285   286   287   288   289   290   291