Page 283 - SK tingkatan 5
P. 283

Antara prinsip asas yang harus diambil kira semasa mereka bentuk
                  laman web adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.2.




                                                                                      10 Top Principles of
                                               Jenis                                  Effective Web Design
                                            Persekitaran                              https://goo.gl/kd1Rzh
                                             Web yang
                                              Dibina         Perbezaan
                          Keseimbangan                      Elemen dalam
                             visual                             Web



                                            Prinsip asas
                                            reka bentuk           Penekanan
                                            laman web             Maklumat
                        Navigasi                                  dalam Web






                                    Warna dan          Typography
                                      Grafik




                                Rajah 3.3.2  Prinsip-prinsip reka bentuk laman web


                  Jenis Persekitaran Web yang Dibina

                  Sebelum sesuatu laman web dibina, kita harus memahami persekitaran laman web tersebut.
                  Persekitaran laman web ini merangkumi beberapa faktor teknikal seperti yang berikut:
                  •  Kesesuaian penggunaan pelbagai jenis pelayar
                  •  Kelajuan capaian Internet
                  •  Keperluan perisian sokongan untuk paparan
                  •  Kepelbagaian sistem komputer dan peranti mudah alih yang digunakan oleh pengguna
                  •  Kepelbagaian saiz paparan monitor yang digunakan

                     Terdapat beberapa jenis pelayar yang boleh digunakan bagi memaparkan laman web, contohnya
                  Internet Explorer,  Google Chrome dan Firefox seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.3. Setiap
                  pelayar biasanya mempunyai beberapa versi yang boleh digunakan untuk memaparkan laman web.
                     Oleh sebab itu, pereka web sewajarnya mempertimbangkan jenis dan versi pelayar yang boleh
                  digunakan untuk memaparkan laman web yang dibina dan seharusnya tidak tertumpu pada satu jenis
                  atau satu versi sahaja.



                                                                   BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 275
   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287   288