Page 288 - SK tingkatan 5
P. 288
Antara panduan yang berkaitan dengan typography adalah seperti yang
berikut:
• Seragamkan jenis teks atau fon yang digunakan bagi setiap halaman
yang dibina.
Kesan Warna Dalam
Pembangunan Web • Gunakan saiz teks yang berbeza bagi membezakan tajuk dengan
goo.gl/i55yFD kandungan atau huraian.
Warna dan Grafik
Penggunaan warna dan grafik dalam laman web mampu menonjolkan
imej dan identiti sesebuah laman web. Penggunaan warna yang bijak
mampu menarik perhatian pelawat serta meningkatkan kebolehbacaan
mereka. Penggunaan warna latar belakang dan teks yang senada mampu
memberikan pengalaman yang kurang menyenangkan dalam kalangan
pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana keadaan ini menyukarkan
proses pembacaan mereka. Penggunaan warna yang agak berwarna-
warni juga mampu membuatkan pembaca berasa serabut dan kehilangan
fokus. Rajah 3.3.9 menunjukkan kombinasi warna latar belakang yang
sesuai.
Rajah 3.3.9 Contoh penggunaan warna yang sesuai yang mampu memberikan imej kepada laman web dibina
280 Sains Komputer Tingkatan 5

