Page 290 - SK tingkatan 5
P. 290

Rajah 3.3.11  Contoh laman web kanak-kanak yang menggunakan unsur grafik dan imej mengikut kesesuaian mereka



                 Reka bentuk Berasaskan Pengguna

                 Suatu laman web yang dibina itu akan memenuhi kehendak pengguna apabila laman web tersebut
                 mampu menepati cita rasa pengguna. Untuk itu, pereka web harus mengenali pengguna sasaran
                 mereka dan perkara diingini oleh pengguna apabila mereka melayari laman web yang dibina. Sebagai
                 contoh, adakah mereka melayari laman web untuk membaca artikel atau mencari maklumat? Apakah
                 yang diharapkan oleh mereka untuk mencapai tujuan tersebut?

                   Pertimbangkan laman web enjin carian Google yang popular dalam kalangan pengguna. Apakah
                 yang menyebabkan laman web tersebut popular berbanding dengan enjin carian yang lain? Hal ini
                 dikatakan demikian kerana laman web tersebut berjaya memenuhi keinginan pengguna mereka yang
                 melayari laman web tersebut untuk mencari maklumat. Google menghasilkan satu laman web yang
                 mudah difahami, hasil carian yang cukup pantas dan maklumat yang sangat padat. Antara muka yang
                 dihasilkan juga sangat ringkas, mudah difahami tanpa iklan dengan pautan yang sangat sedikit dan
                 tujuannya dihasilkan hanya berfokus pada satu objektif, iaitu membenarkan pengguna memasukkan
                 kata kunci carian. Rajah 3.3.12 menunjukkan laman web Google yang mempamerkan paparan yang
                 ringkas dan mudah difahami serta sesuai dengan kehendak pengguna yang ingin mencari maklumat.



                 282   Sains Komputer Tingkatan 5
   285   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295