Page 289 - SK tingkatan 5
P. 289

Navigasi
                  Navigasi merujuk struktur laman web yang akan memudahkan seseorang pengguna melayarinya.
                  Konsep navigasi web ini memberikan pengalaman kepada pelawat laman web untuk mengemudi
                  laman web tersebut mengikut kecekapan masing-masing. Navigasi web yang bagus seharusnya
                  memberikan petunjuk kepada pelawat laman web tentang kedudukan atau lokasi semasa pengguna.

                     Pereka web biasanya akan menggunakan pelbagai teknik navigasi dalam laman web mereka
                  mengikut kesesuaian. Antaranya adalah seperti yang berikut:
                  •  Bar navigasi                   •  Breadcrumbs                     •  Site map
                  •  Menu Drop-down                 •  Pautan menggunakan grafik

                  Rajah 3.3.10 menunjukkan beberapa teknik navigasi yang digunakan dalam laman web Tourism
                  Malaysia.






                                         Breadcrumbs                             Bar navigasi










                                                                                 Menu Drop-down








                    Rajah 3.3.10   Contoh laman web Tourism Malaysia yang menggunakan teknik navigasi breadcrumbs, menu drop-down dan
                              navigation bar.



                  Keseimbangan Visual                                        Tahukah
                                                                                 Anda
                  Keseimbangan visual pula merujuk gabungan elemen visual
                  seperti  garisan,  imej,  teks,  bentuk,  dan  warna  dalam  laman
                  web. Bagi menentukan corak gabungan semua elemen visual   Laman web ebizmba.com telah
                                                                            melaporkan 15 laman web
                  tersebut, pereka  web  juga  perlu  peka  tentang pengguna   kanak-kanak paling popular pada
                  sasaran laman web tersebut. Sebagai contoh, sekiranya     Januari, 2017.
                  laman web tersebut dibina untuk golongan kanak-kanak,     Anda boleh rujuk sumber di
                  elemen teks yang banyak perlu dielakkan kerana kanak-kanak   bawah untuk melihat laman-
                  tidak cenderung untuk membaca. Sebaliknya penggunaan      laman web tersebut:
                  unsur grafik dan imej mesti dilebihkan kerana elemen tersebut   Sumber:
                  mampu menarik minat mereka untuk terus melayari laman web   goo.gl/DBjBNS
                  seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.11.


                                                                   BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 281
   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293   294