Page 1001 - e Prosiding Serai 2021
P. 1001

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENDAHULUAN


               Penggunaan  Bahasa  Inggeris  secara  global  dapat  dilihat  menonjol  dalam  banyak  bidang
               kehidupan  terutamanya  pendidikan.  Sebagai  sebuah  negara  yang  berbilang  budaya  dan

               bangsa,  Bahasa  Inggeris  dianggap  sebagai  bahasa  kedua  di  Malaysia  disebabkan  oleh
               penggunaannya yang meluas dalam segenap bidang, terutamanya pendidikan. Penguasaan
               kosa kata dalam bahasa adalah penting bagi seseorang individu untuk memahami sesuatu

               pernyataan lisan atau tulisan (Chen, Liu and Huang, 2019). Melihat kepada betapa pentingnya
               penguasaan kosa kata, guru dan pengamal bahasa telah berterusan mengembangkan kosa

               kata pelajar bermula dari usia muda. Walau bagaimanapun, pembelajaran kosa kata Bahasa
               Inggeris  di  sekolah  kurang  diberikan  penekanan  (Yaacob  et  al.,  2019).  Sebilangan  besar
               kaedah pengajaran kosa kata Bahasa Inggeris yang digunakan di kebanyakan sekolah pada

               masa ini adalah pengajaran yang konvensional, kurang menarik, tidak berkesan dan kurang
               memberi motivasi kepada murid (Mohamad, Sazali & Mohd Salleh. 2018). Sesetengah guru
               lebih memilih untuk bergantung pada aktiviti buku teks yang disarankan seperti memadankan

               perkataan  dengan  maknanya  dan  aktiviti  penyelesaian  teks  dalam  mengajar  kosa  kata.
               Namun begitu, kaedah sedemikian kurang digemari oleh pelajar kerana sangat bergantung
               pada  penghafalan  dan  kurangnya  penglibatan  aktif  dengan  kata-kata  (A.  Mutalib,  Kadir,

               Rohani & Majid, 2014). Sejajar dengan itu, teknik pengajaran yang konvensional dan aktiviti
               buku teks yang kurang menarik menyebabkan pelajar hilang minat dengan pengajaran kosa

               kata Bahasa Inggeris, mempunyai masalah untuk memahami bahan bacaan dan seterusnya
               menghalang  pembelajaran  bahasa  sasaran  mereka.  Kekurangan  kompetensi  leksikal
               mendorong  pelajar  merasa  rendah  diri  dan  tidak  berminat  dengan  sesi  pengajaran  dan

               pembelajaran kosa kata Bahasa Inggeris.


                       Penggunaan kaedah hafalan dalam perbendaharaan kata tidaklah sepenuhnya tidak
               berkesan. Akan tetapi, kaedah ini berkemungkinan besar merupakan usaha yang sia-sia jika
               dilaksanakan  dalam  kalangan  pelajar  daripada  generasi  Z,  atau  lebih  dikenali  sebagai

               generasi  digital.  Generasi  digital  merupakan  pelajar-pelajar  yang  dilahirkan  ke  dalam
               kehidupan yang konsisten dengan teknologi (Cilliers, 2017). Generasi digital lebih memahami
               teknologi daripada kebanyakan generasi sebelum mereka, termasuk para pendidik, dan lebih

               menggemari kaedah pembelajaran interaktif seperti simulasi dan e-pembelajaran (Creighton,
               2018).  Pendidik  perlu  mewujudkan  bilik  darjah  yang  berasaskan  teknologi  dan

               mengintegrasikan kaedah pembelajaran baru, yang membolehkan pelajar menjadi peserta
               aktif dalam proses pendidikan mereka.


                       Terdapat bukti pedagogi yang jelas di mana pengintegrasian teknologi mudah alih di
               dalam bilik darjah meningkatkan pengalaman belajar pelajar (Taufiq, Ghani, Ramli, Hamzah


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                983
   996   997   998   999   1000   1001   1002   1003   1004   1005   1006