Page 1002 - e Prosiding Serai 2021
P. 1002

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               & Wan, 2019). Selari dengan pentingnya pengintegrasian pembelajaran mudah alih dalam
               pembelajaran bahasa kini, penggunaan permainan digital bagi pendidikan Bahasa Inggeris

               semakin  pesat.  Walau  bagaimanapun,  Sweeney  and  Moore  (2013)  menyatakan  bahawa
               banyak aplikasi permainan yang wujud, tidak mesra pedagogi. Pelaksanaan permainan dalam
               pembelajaran seharusnya disertai dengan pengetahuan pedagogi yang mencukupi (Burston,

               2014). Aplikasi-aplikasi yang tidak mesra pedagogi ini tidak praktikal untuk digunakan dalam
               sesi pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat jurang antara pengetahuan pembangun

               aplikasi dengan guru bahasa. Seiring dengan pengembangan teknologi dalam pendidikan di
               Malaysia,  adalah  penting  untuk  seorang  pendidik  menyediakan  aplikasi  pendidikan  yang
               sesuai dengan konteks pendidikan yang relevan untuk digunakan dalam proses pengajaran

               dan pembelajaran.


               Permainan Pembelajaran Perbendaharaan Kata World of Words (WOW)

               World  of Words (WOW) merupakan  satu  siri  permainan  dalam talian  yang  dikembangkan

               dalam  platform WordWall  untuk  meningkatkan  penguasaan  perbendaharaan  kata  Bahasa
               Inggeris pelajar Tahun 5. Seterusnya, WOW digunakan untuk mendorong dan meningkatkan

               motivasi  pembelajaran  kendiri  terutama  dalam  pembelajaran  secara  atas  talian  WOW
               merupakan bahan tambahan untuk mendorong pelajar mempraktikkan sendiri kosa kata yang
               baru dipelajari. Siri permainan dalam talian WOW direka berdasarkan enam unit Buku Teks

               Tahun 5 (Dewan Bahasa Pustaka, 2014). Kosa-kosa kata yang ada dalam siri permainan
               digital WOW adalah selari dengan penguasaan sasaran tertentu yang dijangka akan dicapai

               oleh  murid  Tahun  5  menjelang  akhir  tahun  persekolahan.  Menurut  Purgina  et  al.  (2017),
               aplikasi  Pendidikan  digital  mestilah  mempunyai  fokus  pedagogi  agar  penggunaannya
               praktikal  dalam  pembelajaran.  Demi  mengoptimumkan  faedah  permainan  dalam  talian,

               perkataan-perkataan yang dimasukkan ke dalam permainan digital WOW adalah perkataan
               yang berfrekuensi tinggi.


                       Sejajar  dengan  objektif pembelajaran  mudah  alih  dalam  pendidikan,  penting  untuk
               penyelidik mengkaji pengalaman pelajar untuk memastikan keberkesanan permainan digital

               dalam  pembelajaran.  Terdapat  banyak  kajian  yang  telah  dibuat  ke  atas  pengintegrasian
               aplikasi  mudah  alih  dalam  pembelajaran,  akan  tetapi,  hanya  sedikit  sahaja  kajian  yang
               dijalankan melibatkan pelajar yang lebih muda. Oleh itu, kaji selidik terhadap pengalaman

               pelajar sekolah rendah perlulah dibuat untuk dijadikan sebagai sumber pengetahuan. Selain
               itu,  kajian  awal  telah  melihat  kepada  beberapa  faktor  yang  mempengaruhi  pengalaman

               pelajar dalam mengadaptasi permainan dalam talian, misalnya persekitaran sosial, tingkah
               laku, keseronokan, ekspektasi persembahan, adanya peranti mudah alih, pengetahuan dan
               pengalaman dalam teknologi mudah alih (Ibrahim, Mohd Yusoff, Mohamed & Jaafar, 2011;


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                984
   997   998   999   1000   1001   1002   1003   1004   1005   1006   1007