Page 1004 - e Prosiding Serai 2021
P. 1004
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
diringkaskan dalam Sarfoah (2017) a) kualiti peranti mudah alih yang rendah, b) kekangan
kandungan dan perisian aplikasi dan; c) kelajuan capaian Internet.
Walaupun teknologi pendidikan maju dengan pesat, infrastruktur Internet, di
kebanyakan pinggir bandar dan luar bandar, menjadi terbeban jika diakses oleh sejumlah
besar peranti pada satu masa yang sama (Thangiah, Said, Majid, Reidpath & Su, 2020). Oleh
kerana pembelajaran mudah alih kebanyakannya bergantung kepada capaian Internet yang
baik, sambungan Internet yang tidak stabil atau lambat mungkin menjadi sesuatu yang
mencabar. Pelajar mungkin berdepan masalah capaian sewaktu mengakses bahan dalam
talian kerana sambungan capaian Internet yang lemah atau tidak wujud (Murshidi, 2017). Di
samping itu, mungkin juga terdapat kekurangan rangkaian Internet di kebanyakan kawasan
pinggir dan luar bandar. Sarfoah (2007) dan Fernando, Patrizia, dan Tiziana (2020)
mendedahkan bahawa penyambungan Internet yang tidak stabil dianggap sebagai faktor
penghalang dalam pembelajaran mudah alih.
Faktor yang Mempengaruhi Pengalaman Pelajar dalam Mengintegrasi WOW Sebagai
Alat Pembelajaran Perbendaharaan Kata
(i) Kaum (Melayu, India dan Orang Asal)
Kaum adalah pemboleh ubah dalam kajian ini kerana setiap kaum mempunyai interaksi yang
berbeza dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Sebagai contoh, kebanyakan pelajar Melayu
dalam populasi menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka. Sesetengah
pelajar India telah biasa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama untuk
berkomunikasi di rumah dan di sekolah, sementara sebahagian pelajar India yang lain hanya
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau ketiga mereka. Pelajar Orang
Asal kebiasaannya berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka (Semelai dan Temoq) di
antara mereka, bercakap Bahasa Melayu dengan rakan dan guru Melayu di sekolah, dan
hanya mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga atau bahasa asing. Oleh yang
demikian, pembolehubah ini digunakan untuk menyiasat bagaimana pelajar dari pelbagai
kaum menyesuaikan diri dengan integrasi permainan digital untuk meningkatkan
pembelajaran kosa kata Bahasa Inggeris. Kajian ini juga berfokus kepada komuniti Orang
Asal di Malaysia; pengalaman pelajar Orang Asal mengintegrasikan peranti mudah alih dalam
pembelajaran mereka. Berdasarkan kajian lepas mengenai pelajar Orang Asal oleh Rahman,
Halim, Ahmad dan Soh (2018), melaporkan bahawa pelajar Orang Asal lebih ketinggalan
dalam pendidikan berbanding masyarakat tempatan yang lain. Pelajar-pelajar tersebut tidak
mempunyai kesedaran dan keprihatinan terhadap prestasi pendidikan mereka. Mereka biasa
dengan satu sumber maklumat yang disampaikan melalui pengajaran bersemuka dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 986

