Page 996 - e Prosiding Serai 2021
P. 996

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               KESIMPULAN

               Murid sekolah rendah merupakan golongan yang perlu dibimbing dalam proses membaca

               dengan menyediakan bahan yang sesuai supaya mereka boleh mengaplikasikan pengalaman
               membaca dalam kehidupan seharian. Sebagai usaha menggalakkan aktiviti membaca, murid

               perlu didedahkan dengan kemahiran membaca yang sesuai dengan perkembangan semasa.
               Penggunaan  multimedia  dalam  pembelajaran  membaca  merupakan  satu  usaha  untuk
               memberi  galakan  kepada  murid  mengembangkan  kemahiran  membaca  dah  tidak  hanya

               terikat dengan buku fiksyen sahaja. Galakan dan panduan yang diberikan oleh guru boleh
               membantu  pembelajaran  kendiri  murid.  Guru  boleh  menggunakan  10  prinsip  pembacaan
               yang dikemukan oleh (R. Day, 2015) iaitu pemilihan bahan bacaan yang mudah, pelbagai,

               bahan bacaan yang disukai oleh murid, pembacaan dalam kuantiti yang banyak, dilakukan
               untuk  tujuan  keseronokan,  maklumat  dan  pengetahuan  am,  memperoleh  ganjaran,
               meningkatkan kelajuan membaca, membaca secara senyap dan bersendirian, guru sebagai

               pembimbing  dan  role  model.  Semua  pihak  juga  perlu  bekerjasama  dalam  melaksanakan
               program membaca untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dalam pelbagai

               bidang.


               CADANGAN


               Penggunaan  multimedia  dalam  pembelajaran  membaca  dapat  membantu  murid
               menggunakan  sumber  bacaan  secara  berkesan.  Oleh  yang  demikian,  bahan  bukan  buku

               perlu disediakan dengan lebih banyak untuk membantu proses pembacaan murid. Murid juga
               perlu digalakkan mengumpulkan bahan bukan buku yang terdapat dipersekitaran mereka dan
               menggunakannya  ketika  pembelajaran  bahasa.  Antara  bahan  yang  boleh  didapati  secara

               percuma ialah plastik atau pembungkus makanan bacaan, katalog barangan, pamplet serta
               risalah-risalah  yang  boleh  diperoleh  dengan  mudah.  Melalui  bahan  yang  dikumpul,  murid
               boleh mengaplikasi kemahiran membaca dalam bentuk penulisan iaitu ringkasan dalam buku

               rekod  NILAM.  Murid  juga  boleh  menggunakan  kemahiran  berbahasa  tersebut  dalam
               penulisan  karangan.  Inovasi  terhadap  bahan  bacaan  menggunakan  multimedia  boleh
               dilakukan  oleh  guru  untuk  memastikan  kaedah  membaca  yang  dijalankan  seiring  dengan

               perkembangan teknologi dan tuntutan pembelajaran masa kini.


               RUJUKAN


               Chomsky,  N.,  &  Krashen,  S.D.  (2020).  Explicit  vs  implicit  knowledge:  An  interview  with
                     Chomsky               and            Krashen.              Retrieved            from
                     https://www.youtube.com/watch?v=cInJzpXwPTE.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                978
   991   992   993   994   995   996   997   998   999   1000   1001