Page 1033 - e Prosiding Serai 2021
P. 1033

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               berada pada tahap sederhana adalah disebabkan oleh kekangan masa, kurang pengetahuan
               dan masalah kemudahan infrastruktur



                       Manakala aspek kemahiran komunikasi, kemahiran refleksi, kemahiran pentaksiran
               dan kreativiti berada pada tahap tinggi. Dapatan ini selari dengan kajian Sazwani et al, (2013),

               Shamsuddin et al., (2016), Mazlini dan Noorfazekawati (2014), Lian et al., (2014) Nurul Hudaa
               (2015) dan Daher et al. (2018).  Sebaliknya dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian

               Chin Hai et al. (2018), Ong Sze Chong,(2018) Siti Saleha, (2016) dan Ravikumar, (2015).
               Secara keseluruhannya skor min bagi amalan PdP abad ke-21 guru matematik berada pada
               tahap tinggi. Justeru itu guru boleh mengaplikasikan pelbagai pendekatan pembelajaran abad

               ke-21 adalah dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Seterusnya dapat membentuk
               kemahiran berfikir aras tinggi dan melahirkan murid yang dapat mengaplikasikan ilmunya di
               samping menjadikan pengajaran matematik lebih bermakna.



               KESIMPULAN KAJIAN


               Kajian  ini  menunjukkan  bahawa  kebanyakan  guru  matematik  masih  belum  dapat
               mengaplikasikan  sepenuhnya  PdP  abad ke-21. Justeru  itu guru  perlu mengambil  langkah

               proaktif  bagi  mengatasi  masalah  ini.  Guru  matematik  perlu  meningkatkan  kemahiran-
               kemahiran dalam PdP abad ke-21 supaya mereka boleh mengaplikasikannya dalam amalan
               PdP mereka. Hal ini kerana tanpa kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang mantap adalah

               sukar  untuk  memaksimakan  amalan  PdP  abad  ke-21  guru.  Guru  matematik  boleh
               bekerjasama dengan ahli komuniti pembelajaran sekolah dalam merangka program-program
               yang  mampu  meningkatkan  amalan  Pdp  abad  ke-21,  mengikuti  kursus-kursus  yang

               ditawarkan  bagi  meningkatkan  ilmu  berkaitan  kemahiran  dan  memperbanyakkan  bahan
               bacaan berkaitan kemahiran yang belum dikuasai sepenuhnya.


               SYOR CADANGAN KAJIAN



               Cadangan kepada kajian lanjutan terhadap amalan PdP abad ke-21, bagi lanjutan kajian yang
               sama,  Kajian  ini  hanya  dijalankan  terhadap  guru  matematik,  maka  kajian  lanjutan  boleh
               dilaksanakan ke  atas guru-guru  yang mengajar  mata  pelajaran  lain.  Perbandingan  antara

               dapatan dapat dibuat antara guru pelbagai mata pelajaran. Kajian ini hanya menggunakan
               pendekatan kuantitatif dan data temu bual hanya sebagai bahan sokongan sahaja. Dalam
               kajian  lanjutan  disarankan  menggunakan  kombinasi  kaedah  kualitatif  dan  kuantitatif  bagi

               mengumpul  maklumat  dengan  lebih  mendalam.  Hal  ini  juga  boleh  meningkatkan  lagi
               kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1015
   1028   1029   1030   1031   1032   1033   1034   1035   1036   1037   1038