Page 1036 - e Prosiding Serai 2021
P. 1036
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan koheren. Penanda wacana adalah penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana
membolehkan idea yang terkandung dalam teks tersebut bersinambung antara satu sama
lain. Artikel ilmiah ini membandingkan teks laporan berita dari akhbar tempatan Malaysia
dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kajian ini memfokuskan analisis perbandingan terhadap
laporan berita skuad badminton Malaysia pada Sukan Olimpik 2020. Objektif utama kajian ini
adalah untuk:
1. Mengenal pasti persamaan penanda wacana di antara artikel akhbar bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris.
2. Mengenal pasti perbezaan penanda wacana di antara artikel akhbar bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris.
SOROTAN LITERATUR
Penanda wacana adalah sebuah frasa atau perkataan yang berfungsi untuk melancarkan
aliran sesebuah ayat untuk menghasilkan struktur wacana yang utuh. Peranan utama
penanda wacana adalah untuk memastikan turutan wacana adalah betul dan berturutan dan
ia tidak berfungsi untuk mengubah maksud sesuatu ayat. Menurut Husin Fateh Din (2016),
terdapat lima jenis penanda wacana yang wujud iaitu penanda penghubung, rujukan,
penggantian, leksikal dan ellipsis.
Penanda penghubung berfungsi sebagai penghubung bagi menghubungkan satu
maklumat dengan maklumat yang lain dalam sesuatu wacana. Sebagai contoh, “Pusat ini
bukan sahaja menyediakan penginapan percuma, malah makanan dan mendidik anak-anak
malang dengan nilai-nilai agama dan sahsiah.” Seterusnya, penanda rujukan ialah kata ganti
nama yang digunakan untuk merujuk kepada sesuatu frasa atau perkataan lain. Contohnya,
“Aisyah dengan bantuan penduduk kampung berusahа membuktikan bahawa mereka ialah
pewaris sah kepada satu-satunya kampung Melayu yang masih wujud di tengah-tengah
kepesatan pembangunan kota raya”. Selain itu, penanda penggantian pula merupakan
sesuatu frasa atau perkataan yang berfungsi menjadi pengganti kepada frasa atau perkataan
lain yang wujud dalam wacana yang sama. Sebagai contoh, “Tidak ketinggalan ialah
persoalan tentang wujudnya golongan anak-anak muda yang mempunyai tahap empati dan
simpati yang tinggi terhadap orang miskin dan susah, serta sanggup pula berjuang untuk
membantu orang yang bernasib malang. Kelompok ini diwakili oleh watak anak muda
bernama Rykal dan kawan-kawannya.” Penanda leksikel pula merupakan penanda yang
berkaitan dengan perhubungan iaitu kohesi mahupun suatu pertautan antara frasa atau
perkataan dengan menggunakan pengulangan perkataan. Hal ini termasuklah pengulangan
sinonim, antonim, homonim, hiponim, kolokasi dan unsur bersambut. Contoh bagi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1018

