Page 1032 - e Prosiding Serai 2021
P. 1032

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Aspek  kemahiran  penyelelesaian  masalah  berada  pada  tahap  yang  paling  tinggi,
               dapatan kajian ini konsisten dengan dapatan kajian Bruun (2013) yang mendapati guru sering

               meransang murid mempelbagaikan strategi penyelesaian masalah. Ajaberi dan Gheith (2016)
               juga  menyatakan  penyelesaian  masalah  melibatkan  penggunaan  kaedah  yang  berlainan.
               Dapatan ini turut disokong dalam dapatan temubual yang menyatakan guru menggunakan

               pelbagai  kaedah  penyelesaian  masalah  semasa  proses  PdP.  Penyelesaian  masalah
               merupakan kemahiran yang penting dalam matematik jadi murid tidak boleh terikat dengan

               satu kaedah penyelsaian masalah sahaja. Namun dapatan ini tidak sejajar dengan kajian oleh
               Arikan (2016), dalam hasil kajiannya mendapati guru kurang mempelbagaikan disiplin dalam
               penyelesaian masalah. Bagi mengatasi masalah ini penggunaan modul khas boleh membantu

               guru meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah (Takahashi, 2016).


                        Aspek amalan kemahiran teknologi pula berada pada tahap yang paling rendah di

               antara  ke  lapan-lapan  aspek  amalan  PdP  abad  ke-21  guru  matematik.  Dapatan  ini  selari
               dengan kajian Siti Zaleha dan Siti Mistima (2017), Sumaiyah dan Mohd Jasmy (2017) dan Lee
               et al, (2012) yang menyatakan tahap penggunaan teknologi guru masih sederhana dan ini

               mempengaruhi  PdP  guru.  Guru  masih  kurang  menggunakan  kemahiran  TMK  dalam  bilik
               darjah walaupun mereka mempunyai kemahiran tersebut. Faktor ini merupakan salah satu

               punca guru jarang menggunakan pembelajaran atas talian seperti e-book, e-video, e-learning
               dan lain-lain dalam amalan kemahiran teknologi. Faktor kemudahan internet yang terhad di
               sekolah juga mengakibatkan pembelajaran atas talian sukar dipraktikkan (Ong Sze Chong,

               2018).  Guru perlu mengintegrasikan teknologi ke dalam kelas mereka, mereka perlu menjadi
               profesional  yang  kompeten  dalam  teknologi  supaya    teknologi  boleh  diintegrasi  dengan

               proses pengajaran (Can et al.,  2017). Namun berbeza dengan dapatan kajian Yang dan
               Leung (2015) yang mendapati kepercayaan tentang amalan kemahiran teknologi guru adalah
               baik.



                       Dalam kajian ini juga menunjukkan aspek amalan dalam kemahiran kolaboratif dan
               kemahiran inovasi guru masih berada pada tahap sederhana. Dapatan ini disokong dengan

               kajian Suhanna (2018) dan Ezwafahmey (2017) dan Siti Saleha (2016). Namun dapatan ini
               tidak disokong oleh kajian Normais Sharah dan Nik Mohd Rahimi (2017), Daher et al., (2018)
               dan Roselita (2017).  Suhanna (2018) mendapati Lesson study sangat sesuai sebagai amalan

               program komuniti pembelajaran professional (PLC). Banyak faktor boleh menjadi penyebab
               hal ini berlaku antaranya adalah kemudahan media sosial yang boeleh digunakan oleh guru

               dan  murid  adalah  terhad.  Walaupun  begitu  dapatan  temu  bual  menggambarkan  guru
               melaksankan kemahiran kolaboratih seperti PLC, Lesson study serta perbincangn sama ada
               secara formal atau tidak formal. Berdasarkan dapatan kajian tersebut ketiga-tiga aspek yang


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1014
   1027   1028   1029   1030   1031   1032   1033   1034   1035   1036   1037