Page 1035 - e Prosiding Serai 2021
P. 1035

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   ANALISIS PERBANDINGAN PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAGI ARTIKEL
                           AKHBAR ANTARA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

                    Nur Hasanah binti Mohd Zulsyafiq Tiew, Nur Hasya Tasnim binti Mohd Yamin,
                     Nur Aisyah Imani binti Roslan, Nurin Husna binti Hasnu, Yee Bee Choo, PhD

                               Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Malaysia
                                        *652-15-hasanah@epembelajaran.edu.my



                                                       ABSTRAK


               Penanda wacana mewujudkan pertalian isi atau maklumat antara perenggan terbentuknya

               kesinambungan idea yang koheren dan bermakna. Tanpa wacana, sesuatu maklumat tidak
               akan dapat diperoleh dan disampaikan dengan betul dan ini akan menimbulkan masalah salah

               faham dalam mentafsir maklumat antara penulis dengan pembaca. Objektif kajian ini ialah
               untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan berkaitan penanda wacana dalam artikel
               akhbar antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Metodologi kajian ini adalah kuantitatif

               dengan kaedah analisis dokumen berkaitan laporan berita skuad badminton Malaysia pada
               Sukan Olimpik 2020 dengan menggunakan empat sumber artikel akhbar yang berbeza dalam
               bahasa  iaitu  Berita  Harian,  Utusan  Malaysia,  New  Straits  Times  dan  The  Star.  Analisis

               kuantitatif  adalah  secara  deskriptif  berdasarkan  kekerapan  dan  peratus  berdasarkan  lima
               jenis penanda wacana, iaitu penghubung, rujukan, penggantian, leksikal dan elipsis. Dapatan
               kajian  menunjukkan  bahawa  terdapat  persamaan  dan  perbezaan  antara  keempat-empat

               artikel  akhbar  dari  segi  penggunaan  penanda  wacana.  Walaupun  kajian  ini  melaporkan
               analisis yang terhad dengan membandingkan hanya empat artikel akhbar tetapi ia memberi

               ruang kepada pengkaji untuk menjalankan penyelidikan yang lebih terperinci pada masa akan
               datang.

               Kata kunci: Wacana penulisan, penanda wacana, artikel akhbar, analisis perbandingan



               PENDAHULUAN

               Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, wacana membawa maksud sekumpulan ayat

               yang  memperlihatkan  satu  kesatuan  buah  fikiran,  fakta  atau  cerita.  Berdasarkan  definisi
               tersebut, wacana merupakan satu unsur yang memberi kesinambungan kepada idea-idea

               yang  hendak  disampaikan  dan  memberi  keutuhan  kepada  perkataan-perkataan  yang
               mempunyai perkaitan. Penanda wacana merupakan kata, frasa, perenggan ataupun bab yang
               mempunyai perkaitan antara satu sama lain bagi menghasilkan sebuah penulisan yang utuh




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1017
   1030   1031   1032   1033   1034   1035   1036   1037   1038   1039   1040