Page 1037 - e Prosiding Serai 2021
P. 1037

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pengulangan sinonim ialah “Tidak ketinggalan ialah persoalan tentang wujudnya golongan
               anak-anak  muda  yang  mempunyai  tahap  empati  dan  simpati  yang  tinggi  terhadap  orang

               miskin dan susah.” Akhir sekali, penanda elipsis ialah proses pengguguran satu perkataan
               ataupun frasa  yang mempunyai  kesamaan  dengan frasa  atau  perkataan  yang  dinyatakan
               sebelumnya. Contohnya, “Selain itu mereka juga turut membantu perjuangan Aisyah dan

               penduduk Kampung Sempadan yang diusir keluar daripada tanah warisan mereka sendiri.”
               “Perjuangan Aisyah” adalah elipsis kepada ayat “Aishah dengan bantuan penduduk kampung

               berusahа membuktikan bahawa mereka ialah pewaris sah kepada satu-satunya kampung
               Melayu yang masih wujud di tengah-tengah kepesatan pembangunan kota raya”.
                       Wacana penulisan merupakan satu elemen yang kerap dikaji namun, kajian mengenai

               perbezaan penggunaan wacana dalam teks yang menggunakan bahasa yang berbeza bagi
               menghasilkan  wacana  yang  unggul  kurang  diketengahkan.  Menurut  Thomson,  White  dan

               Kitley  (2008),  mereka  adalah  antara  yang  menyuarakan  pertimbangan  untuk  menyelidik
               wacana  penulisan  berita  dalam  kepelbagaian  budaya  sejagat  secara  mendalam.  Menurut
               kajian daripada Knox dan Patpong (2008) dari Thailand, Wang (1993) dari China dan Scollon,

               Wong-Scollon  dan  Kirkpatrick  (1998)  dari  Hong  Kong,  mereka  telah  melakukan  analisis
               perbandingan terhadap penulisan teks dalam berita atau akhbar.  Hasil daripada kajian di atas
               telah  mendorong  kepada  terhasilnya  perbezaan  dalam  penulisan  berita  dalam  bahasa

               Inggeris  dan  bahasa-bahasa  lain.  Sebagai  contoh,  negara  kita  Malaysia  terdiri  daripada
               pelbagai  bangsa  yang  bertutur  bahasa  berbeza.  Antara  bahasa  yang  kerap  digunakan
               sebagai  bahasa  perantaraan  ialah  bahasa  kebangsaan  iaitu  bahasa  Melayu  dan  bahasa

               Inggeris. Namun hakikatnya, kajian mengenai analisis perbezaan penulisan bahasa Melayu
               dan bahasa Inggeris dalam teks akhbar adalah sangat sedikit.

                       Selain itu, terdapat juga kajian daripada Sharifah Nurul Huda, McLellan dan Fatimah
               Chuchu  (2016)  yang  menggunakan  kaedah  Analisis  Wacana  Kritis  atau  dalam  bahasa
               Inggeris Critical Discourse Analysis dalam kajian mereka. Antara hasil kajian yang didapati

               dalam penyelidikan akhbar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di negara Brunei ialah teks
               berita dalam bahasa Melayu mempunyai struktur yang lebih panjang dan terperinci. Sebagai

               contoh,  berita  yang  melibatkan  kejadian  kemalangan  atau  jenayah,  akhbar  Melayu  akan
               menyelitkan gambar dan maklumat yang terperinci. Seterusnya, didapati juga mereka yang
               bertanggungjawab menyunting akhbar Melayu perlu mencetak semula segala teks ucapan
               ketua negara yang menggunakan bahasa Melayu. Terdapat perbezaan di sini, di mana akhbar

               Inggeris lebih berbentuk bebas dengan hanya menerbitkan isu yang penting dalam pelaporan
               beritanya.  Oleh  itu,  kertas  kajian  ilmiah  ini  turut  ingin  memfokuskan  kepada  analisis

               penggunaan penanda wacana dalam empat teks ahkbar iaitu akhbar bahasa Melayu dan
               bahasa Inggeris. Hal ini demikian untuk melihat sejauh mana wujudnya perbezaan struktur




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1019
   1032   1033   1034   1035   1036   1037   1038   1039   1040   1041   1042