Page 1060 - e Prosiding Serai 2021
P. 1060

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                BAHASA BERBUDAYA DALAM PENULISAN TOKOH AGAMA POPULAR DI MALAYSIA

                       Rosli Ab Rahman, Dr. , Suriany Mat Nor, Dr.  , Mohd. Zaharuddin Omar
                                              1
                                                                                                 3
                                                                     2
                                                 dan Mohd. Asri Harun
                                                                        4


                                 1,2,3,4  Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                                 dr.rosli@ipgkdri.edu.my



                                                       ABSTRAK


               Bahasa berbudaya  tidak dibatasi  oleh pengertian  umum bahawa  bahasa berbudaya  ialah
               bahasa  yang  sarat  dengan  unsur-unsur  stilistik.  Namun,  bahasa  berbudaya  merujuk  juga

               kepada  kemampuannya  berfungsi  sebagai  bahasa  akliah,  bahasa  ilmu,  bahasa  yang
               merentas segala ranah sistem sosial  masyarakat atau bangsanya, bahasa tinggi,  bahasa
               supra  dan  bahasa  estetik.  Kajian  kualitatif  dalam  bentuk  kajian  kes  ini  dilakukan  untuk

               menjelaskan bahasa  berbudaya  dalam  penulisan  tokoh  agama  yang  popular  di  Malaysia.
               Sampel kajian ialah Dato’ Ustaz Badli Shah bin Alauddin.  Instrumen kajian terdiri daripada
               dua buah buku karya tokoh tersebut iaitu Seni Dakwah Kontemporari (2016) dan Segelas Air

               Segenggam Kopi (2017). Tempoh kajian selama tujuh bulan bermula bulan Mac 2020 dan
               berakhir bulan  Oktober 2020.  Teori  kajian yang  digunakan  untuk menganalisis  data  ialah

               Zhang dan Wildermuth (2009) dan dianalisis secara bertema. Dapatan kajian menunjukkan
               bahawa sampel kajian menggunakan bahasa berbudaya dalam penulisan buku-buku karya
               tokoh tersebut. Antara unsur stilistik yang digunakan dalam instrumen kajian ialah kata-kata

               hikmah, perumpamaan, metafora, dan personafikasi. Di samping itu, laras bahasa agama,
               bahasa akliah, bahasa ilmu, bahasa tinggi dan bahasa estetik  jelas dapat dikesan dalam

               penulisan buku-buku tersebut. Kesimpulannya, sampel kajian telah berjaya mengaplikasikan
               bahasa berbudaya dengan cukup indah dalam penulisan beliau.


               Kata kunci: bahasa berbudaya, stilistik, metafora, personafikasi.

               PENGENALAN


               Di Malaysia, bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
               rasmi.  Penobatan    bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  kebangsaan  dan  bahasa  rasmi

               sebagaimana  yang  dimaktubkan  dalam  Perkara  152  Perlembagaan  Persekutuan  telah
               menjadi  asas  kenegaraan  dan  kebangsaan  yang  penting.  Sebagai  bahasa  kebangsaan,
               bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik yang dikenal

               sebagai  negara  Malaysia,  menjadi  asas  jati  diri  bangsa  Malaysia  yang  terdiri  daripada



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1042
   1055   1056   1057   1058   1059   1060   1061   1062   1063   1064   1065