Page 1064 - e Prosiding Serai 2021
P. 1064

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Tempoh Masa Kajian
               Kajian ini dilakukan selama 7 bulan iaitu bermula pada Mac 2020 dan berakhir pada Oktober

               2020.

               Instrumen Kajian

               Instrumen kajian terdiri daripada dua buah buku yang ditulis oleh BSA iaitu buku
               Segelas Air Segenggam Kopi dan Seni Dakwah Kontemporari.


               Prosedur Pengumpulan Data
               Prosedur pengumpulan data dilakukan dengan cara data daripada buku BSA telah dikodkan

               mengikut  pengekodan  yang  sistematik  iaitu  B1  bagi  buku  pertama  iaitu  Segelas  Air
               Segenggam  Kopi.  Sementara,  B2  merujuk  kepada  buku  kedua  iaitu  Seni  Dakwah

               Kontemporari. Kedua, data yang diambil daripada buku pula dikodkan mengikut pengekodan
               yang sistematik iaitu D1 bagi data 1, D2 bagi data 2, D3 bagi data 3 dan begitulah seterusnya.


               Penganalisisan Data Kajian
               Penganalisisan  data  dilakukan  berdasarkan  Zhang  dan  Wildermuth  (2009).  Zhang  dan
               Wildermuth  (2009)  telah  membahagikan  cara  penganalisisan  data  kepada  lapan  langkah

               penting yang terkandung dalam proses analisis kandungan kualitatif. Lapan langkah penting
               tersebut  ialah  persediaan  data,  mentakrifkan  unit  analisis,  membina  kategori  dan  skema
               pengekodan, menguji skema pengekodan melalui teks sampel,  pengekodan teks, menilai

               ketekalan pengekodan, kesimpulan daripada data yang telah dikod dan akhirnya, laporan
               kaedah dan hasil kajian


               DAPATAN KAJIAN

               Dapatan kajian ini dikupas berdasarkan elemen bahasa berbudaya iaitu unsur-unsur stilistik

               dan peribahasa yang terdapat dalam buku BSA.

               Stilistik

               Stilistik  adalah  berkaitan  penggunaan  bahasa  yang  dapat  memperlihatkan  keberhasilan
               seseorang pengarang mengolah bahasa yang sesuai dengan penerapan karya kreatif bersifat

               imaginatif, figuratif, simbolik dan memiliki unsur-unsur estetika (Mana Sikana, 2009). Unsur-
               unsur stilistik ialah metafora, paralelisme, bahasa kiasan, simile, personifikasi, depersonifiksi,
               hiperbola, anafora, rima, asonansi, aliterasi dan lain-lain.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1046
   1059   1060   1061   1062   1063   1064   1065   1066   1067   1068   1069