Page 1062 - e Prosiding Serai 2021
P. 1062
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
2. Menghuraikan contoh bahasa berbudaya yang diterapkan oleh Dato’ Ustaz Badli Shah
bin Alauddin dalam penulisan beliau.
3. Menjelaskan elemen kreatif yang terkandung dalam bahasa berbudaya yang
diterapkan oleh Dato’ Ustaz Badli Shah bin Alauddin dalam penulisan beliau.
SOALAN KAJIAN:
Kajian ini dilakukan untuk menjawab soalan kajian berikut:
1. Apakah bentuk bahasa berbudaya yang diterapkan oleh Dato’ Ustaz Badli Shah bin
Alauddin dalam penulisan beliau?
2. Apakah contoh bahasa berbudaya yang diterapkan oleh Dato’ Ustaz Badli Shah bin
Alauddin dalam penulisan beliau?
3. Apakah elemen kreatif yang terkandung dalam bahasa berbudaya yang diterapkan
oleh Dato’ Ustaz Badli Shah bin Alauddin dalam penulisan beliau?
DEFINISI ISTILAH
Bahasa Berbudaya : Menurut Awang Sariyan (2011) bahasa berbudaya tidak dibatasi oleh
pengertian umum bahawa bahasa berbudaya ialah bahasa yang sarat dengan unsur-unsur
stilistik seperti simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah atau dengan istilah stilistik
Barat, bahasa yang dibumbui metafora, simile, personifikasi, depersonifiksi, hiperbola,
anafora, rima, asonansi, aliterasi dan yang lain. Meskipun penggunaan segala unsur stilistik
itu memang menjadi salah satu tanda atau petunjuk bahasa berbudaya, namun erti bahasa
berbudaya yang saya maksudkan di sini merujuk kepada konsep yang lebih luas. Asas
sesuatu bahasa yang mencapai taraf bahasa berbudaya, antara lain, ialah kemampuannya
berfungsi sebagai bahasa akliah, bahasa ilmu, bahasa yang merentas segala ranah sistem
sosial masyarakat atau bangsanya, bahasa tinggi, bahasa supra dan bahasa estetik.
SOROTAN LITERATUR
Awang Sariyan (2012) telah menjelaskan bahawa budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai
aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak
cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan
taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, sementara
bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu ukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan
pulangan ekonomi, misalnya dalam hal peluang pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan
pula, masih besar jumlah anggota masyarakat, termasuk golongan yang berpengaruh yang
menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1044

