Page 1065 - e Prosiding Serai 2021
P. 1065
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Metafora
Metafora ialah unsur gaya bahasa yang menghubungkan makna secara terselindung dan
sukar untuk diamati oleh pembaca. Hawa dan Zulkifley (2015), turut mengatakan bahawa
metafora memerlukan penelitian dalam proses pemahaman melalui pemikiran dan
pengalaman hidup seseorang.
Berdasarkan data kajian, unsur metafora yang dipetik oleh BSA ialah;
1. Pada satu sisi, corak dakwah tersebut telah membentuk suatu “pelangi indah” yang
membawa kepada kemaslahatan umat Islam. (B2D1:181)
2. Corak dakwah di Indonesia juga telah membentuk “benang kusut” yang seolah-
olahnya tiada hujung pangkal. (B2D2:181)
Berdasarkan B2D1 dan B2D2, BSA telah menggunakan metafora untuk menjelaskan maksud
yang ingin disampaikan seperti pelangi indah dan benang kusut. Penggunaan metafora dalam
penulisan BSA dapat menghubungkan makna secara terselindung dan sukar untuk diamati
oleh pembaca. Jadi, pembaca dapat memahami makna tersebut dengan lebih mudah.
Personafikasi
Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda tidak
bernyawa atau sesuatu yang abstrak, contohnya emosi, hasrat, perasaan dan pertuturan
(Maniyamin Ibrahim, 2006). Berdasarkan data kajian BSA banyak menggunakan
personafikasi dalam penulisan beliau. Antaranya;
1. Dakwah ialah satu proses “pendakian” yang berterusan. (B2D3)
2. Dakwah telah menjadi “santapan” empuk yang mengisi lorong-lorong akal yang
awalnya dangkal, relung-relung rohani yang awalnya gersang dan gerak jasmani yang
awalnya kaku-untuk akhirnya beramal. (B2D4)
Berdasarkan B2D3 dan B2D4, BSA menggunakan unsur personafikasi seperti pendakian dan
santapan iaitu perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda tidak bernyawa
atau sesuatu yang abstrak untuk memantapkan maksud yang ingin disampaikan oleh BSA.
Peribahasa
Peribahasa ialah satu bentuk ungkapan bahasa dalam masyarakat Melayu yang dapat
menggambarkan kesantunan berbahasa dan sekali gus menyerlahkan nilai sosial, nilai moral,
dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat yang menggambarkan ketinggian falsafah
bangsa Melayu (Zaidatul Azma dan Ahmad Fuad, 2011). Jenis-jenis peribahasa ialah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1047

