Page 1061 - e Prosiding Serai 2021
P. 1061
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pelbagai keturunan dan menjadi wahana perpaduan bangsa melalui komunikasi dalam
pelbagai ranah (Awang Sariyan, 2013).
LATAR BELAKANG KAJIAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi utama kepada masyarakat Malaysia secara
umumnya. Bahasa Melayu telah diangkat dalam Perlembagaan Malaysia, Bahagian 12,
Perkara 152 sebagai bahasa kebangsaan (Ahmad Rizal Mohd Yusof et. al., 2017). Selaku
bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa rasmi dan bahasa
ilmu. Bahasa Melayu memiliki ciri yang unik kerana selain dituturkan oleh pelbagai bangsa,
bahasa Melayu juga memiliki ciri bahasa berbudaya. Penggunaan bahasa Melayu yang
gramatis, disulami dengan unsur stilistik menjadikan bahasa Melayu cukup indah. Keindahan
tersebut dapat dikesan dalam pertuturan dan penulisan tokoh-tokoh hebat seperti Tan Sri
Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Datuk Seri Prof. Dr. Awang Sariyan, Dato’ Ustaz Badli
Shah bin Alauddin, Dr. Lim Swee Tin dan lain-lain lagi. Keindahan bahasa berbudaya yang
ada dalam penulisan tokoh popular tersebut perlu diterokai agar masyarakat dapat
menghayati keindahan bahasa berbudaya Melayu.
PENYATAAN MASALAH
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia
ialah bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi
dan bahasa ilmu sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Bahasa Melayu sepatutnya digunakan
secara berleluasa dalam pelbagai situasi, sama ada dalam penulisan mahupun pertuturan.
Namun, penggunaan bahasa Melayu (BM) dalam pelbagai urusan tidak diambil berat oleh
pengguna BM. Penggunaan BM yang tidak menepati nahu tatabahasa, kasar dan tidak
berbudaya berlaku secara berleluasa. Penggunaan dialek dalam penulisan Whatsapp Group
juga berlaku secara berleluasa (Nor Akhmarisha Saari dan Rusniyati Mahiyaddin, 2017). Oleh
itu, kajian tentang bahasa berbudaya dalam penulisan tokoh terkenal di Malaysia perlu
dilakukan untuk menjelaskan bentuk bahasa berbudaya yang diterapkan oleh tokoh popular
di Malaysia dalam penulisan mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif berikut:
1. Menjelaskan bentuk bahasa berbudaya yang diterapkan oleh Dato’ Ustaz Badli Shah
bin Alauddin dalam penulisan beliau.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1043

