Page 1067 - e Prosiding Serai 2021
P. 1067
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pepatah-petitih
Menurut Kamus Dewan (2012), pepatah ialah peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran
(perkataan) orang tua-tua dan lain-lain sedangkan petitih adalah berbagai-bagai peribahasa.
Peraturan adat dan nasehat dimuat dalam bentuk pepatah dan petitih yang diungkapkan
dengan bahasa kiasan yang sangat menarik, serta memiliki makna yang penting di dalamnya
(Andela, 2014).
Berdasarkan data kajian, BSA banyak menggunakan pepatah-petitih dalam penulisan beliau.
Contohnya;
Kalau kita menjadi orang yang giat bekerja keras tak kenal penat, memikul tugas ia
taat, hati kukuh fikiran bulat, memegang amanah pantang mengumpat, niat suci
membela rakyat, dijadikan pemimpin amat bermanfaat, dijadikan tua sampailah niat,
dijadikan induk teramat tepat, dijadikan tiang tegaknya kuat, dijadikan tudung
melindung umat, menjadi negeri semua selamat. (B1D8:12)
Berdasarkan B1D8:12, BSA mengungkapkan pepatah-petitih untuk mengukuhkan
pemahaman dan penegasan beliau tentang perlunya ada kekuatan dan keberanian sekiranya
kita ingin berjaya. Indahnya pepatah-petitih tersebut kerana pada rima akhir pada setiap frasa
tersebut berakhir dengan aliterasi iaitu huruf “t”. Perkataaan yang berakhir dengan huruf “t”
tersebut ialah penat, taat, bulat, mengumpat, rakyat, bermanfaat, niat, tepat, kuat, umat, dan
selamat.
KESIMPULAN KAJIAN
Kajian ini membuktikan bahawa terdapat penulis dalam kalangan tokoh agama popular di
Malaysia seperti BSA yang mampu menggunakan bahasa berbudaya dalam penulisan beliau
walaupun beliau mempunyai latar belakang pendidikan agama. Kemampuan BSA
menggunakan bahasa berbudaya dalam penulisan beliau membuktikan bahawa mereka yang
bukan datang daripada latar belakang pengajian bahasa juga mampu menggunakan bahasa
Melayu berbudaya sekiranya mereka mempunyai minat dan kesungguhan jati diri yang tinggi
untuk merealisasikan ‘bahasa jiwa bangsa’. Penggunaan bahasa berbudaya dapat
menonjolkan jiwa orang Melayu yang terkenal dengan sopan-santun dan beradab.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Kajian yang lebih komprehensif tentang bahasa berbudaya perlu dilakukan bukan sahaja
kepada tokoh agama popular di Malaysia tetapi perlu merangkumi pelbagai bidang seperti
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1049

