Page 1108 - e Prosiding Serai 2021
P. 1108
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KAJIAN TERHADAP GAYA DIDIKAN IBU BAPA DALAM MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) SECARA DALAM TALIAN
SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Rafidah Aziz¹, Nik Azleena Nik Ismail², Ramzul Nasri Alias@Othman³,
Mariha Mohd Amin 4
¹PPD Kuala Nerus
²IPGK Dato’ Razali Ismail
3,4 SK Atas Tol, Kuala Terengganu
rafidah.aziz@moe.gov.my
ABSTRAK
Pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai fenomena yang tidak pernah dijangka berlaku
dalam sistem kehidupan manusia termasuklah dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
(PdPc). Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang dialami dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid 19. Selain itu kajian ini juga dilakukan untuk
melihat gaya didikan ibu bapa bagi menyesuaikan diri dengan kaedah baharu proses PdPc.
Seramai 115 orang ibu bapa kepada murid-murid tahap dua SK Atas Tol, Terengganu telah
dijadikan sampel kajian. Set soal selidik dibina secara dalam talian yang mengandungi 15
item. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan. Dapatan
kajian menjelaskan bahawa terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh ibu bapa iaitu masalah
liputan internet serta kemudahan peralatan yang terhad. Selain itu dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa sebahagian besar ibu bapa menggunakan pendekatan gaya didikan
autoritatif iaitu memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak mereka. Terdapat juga ibu
bapa yang menggunakan gaya didikan autoritarian seperti paksaan dan hukuman. Kajian juga
mendapati ibu bapa tidak setuju dengan pendekatan gaya didikan permisif. Kesimpulannya,
ibu bapa mempunyai sikap terbuka dalam usaha membantu anak-anak mendepani cabaran
menghadapi PdPc mengikut norma baharu.
Kata Kunci: Gaya didikan, PdPc dalam talian, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), normal
baharu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1090

