Page 1129 - e Prosiding Serai 2021
P. 1129
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
CABARAN SISWA GURU PENDIDIKAN JASMANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL DALAM MENYERTAI KELAS PENDIDIKAN JASMANI
SECARA DALAM TALIAN KETIKA PANDEMIK
1
Muhammad Afif Mazlan ,Ahmad Iqbal Hamdi bin Mohd Zulkurnin, Muhammad Adam
Firdaus bin Nor Amali, Fathen Suriati Jusoh , Ahmad Jalani bin Halus
4
5
1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
afif17-443@epembelajaran.edu.my, iqbal17-424@epembelajaran.edu.my
adam17-428@epembelajaran.edu.my, fathen17-92@epembelajaran.edu.my
jalani17-10@epembelajaran.edu.my
ABSTRAK
Pembelajaran secara dalam talian memainkan peranan penting dan menerajui bidang
pendidikan ketika pandemik melanda pada hari ini. Pendidikan Jasmani merupakan satu
matapelajaran yang memerlukan pelajar melakukan aktiviti fizikal dan menggunakan
peralatan tertentu dalam sesi pembelajaran. Namun, pandemik yang melanda menghalang
segala aktiviti bagi matapelajaran berkenaan dilakukan secara fizikal. Siswa guru Pendidikan
Jasmani tidak terkecuali dalam menghadapi suasana baharu ini. Oleh itu, satu tinjauan
dilakukan untuk mengkaji cabaran siswa guru Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail dan cara mengatasi cabaran ketika menyertai kelas secara dalam
talian. Responden kajian ini dipilih berdasarkan Jadual Pensampelan Krecjie dan Morgan
(1970) mengikut cadangan pensampelan (n=57). Data dianalisis secara deskriptif disokong
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 dan pengekodan bertema.
Dapatan menunjukkan min keseluruhan cabaran dihadapi siswa guru Pendidikan Jasmani
mencapai min sederhana (min 3.02). Manakala, dapatan min keseluruhan cara mengatasi
cabaran mencapai min tinggi (min 3.82). Dapatan juga mendapati 78.9% tidak bersetuju
meneruskan pembelajaran secara dalam talian untuk subjek Pendidikan Jasmani selepas
pandemik berakhir. Kesimpulannya, pandemik bukanlah penghalang siswa guru untuk
melaksanakan kelas Pendidikan Jasmani meskipun terdapat pelbagai kesukaran yang
dihadapi. Siswa guru menunjukkan respon positif dalam memastikan proses pembelajaran
dapat diteruskan.
Kata kunci: Pembelajaran dalam talian, Pendidikan Jasmani, siswa guru, pandemik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1111

