Page 1131 - e Prosiding Serai 2021
P. 1131

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               oleh siswa-siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Bertitik tolak
               daripada itu, kajian ini berhasrat dan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh para guru siswazah

               Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, cara menghadapi
               cabaran yang dinyatakan dan kesanggupan untuk meneruskan kelas Pendidikan Jasmani
               dalam talian selepas pasca pandemik.


               SOROTAN LITERATUR


               Cabaran Pembelajaran Subjek Pendidikan Jasmani Secara Dalam Talian
               Terdapat banyak cabaran yang dihadapi dalam menyertai kelas Pendidikan Jasmani secara
               dalam talian telah dicatatkan dalam kajian-kajian lepas. Menurut Lu (2020) yang melakukan

               kajian terhadap 60 orang pelajar di sebuah sekolah di China melaporkan pembelajaran dalam
               talian  sesuai  dijadikan  sebagai  medium  pembelajaran  Pendidikan  Jasmani  namun
               memerlukan  penambahbaikan  kerana  pelajar  belum  bersedia  dengan  sistem  operasi

               pembelajaran dalam talian ini. Oleh hal ini demikian, ini menunjukkan pembelajaran secara
               dalam  talian  masih  memerlukan  penambahbaikan  yang  perlu  diteliti  dari  masa  ke  masa

               perlulah  disesuaikan  dengan  sebaik  mungkin  agar  para  pelajar  mampu  mengikuti  kelas
               walaupun secara dalam talian.
                       Mercier,  Centeio,  Erwin  dan  lain-lain  (2021)  menyatakan  20%  daripada  4362  guru

               Pendidikan  Jasmani  dalam  kajian  mereka  di  Amerika  Syarikat  menyatakan  pembelajaran
               dalam  talian  kurang  berkesan  kerana  mereka  merupakan  golongan  yang  berada  di  luar

               bandar  dan  mengalami  masalah  untuk  mengakses  pembelajaran  yang  menggunakan
               teknologi. Ini dikukuhkan lagi dalam kajian O’Brien, Adamakis, Onofre, Costa dan lain-lain
               (2020) yang melaporkan setiap negara mempunyai masalah tersendiri diantaranya capaian

               internet yang kurang stabil dan halangan terhadap pelaksanaan amali Pendidikan Jasmani.
                       Pembelajaran Pendidikan Jasmani secara dalam talian juga memberi kesan terhadap
               motivasi guru dan pelajar. Williyanto (2020) dalam kajiannya iaitu mengkaji hasil pembelajaran

               Pendidikan Jasmani yang diterapkan secara dalam talian sepanjang pandemik yang merujuk
               kepada sejumlah besar guru, pelajar dan ibu bapa di sekolah-sekolah di Indonesia mendapati
               pembelajaran dalam talian matapelajaran ini sukar dijalankan kerana kekurangan fasiliti dan

               menyebabkan pelajar tidak bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Ini ditambah lagi
               dengan keadaan persekitaran yang memaksa pelajar Pendidikan Jasmani memerlukan ruang

               yang khusus untuk melaksanakan sesi pembelajaran yang dijalankan dalam talian. Akalin dan
               Gumus  (2020)  juga  melaporkan  pelajar  di  Turki  berpendapat  mata  pelajaran  Pendidikan
               Jasmani  merupakan  mata  pelajaran  yang  paling  sukar  diikuti  kerana  pandemik  ini  telah

               memberi  kesan  terhadap  motivasi  diri  mereka  untuk  mengikuti  pembelajaran  Pendidikan
               Jasmani secara dalam talian. Dalam kajian terhadap 37 orang guru Pendidikan Jasmani di



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1113
   1126   1127   1128   1129   1130   1131   1132   1133   1134   1135   1136