Page 1130 - e Prosiding Serai 2021
P. 1130

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Cabaran  pandemik  COVID-19  telah  meruntuhkan  pelbagai  sektor  terutamanya  sektor

               pendidikan.  Siswa  guru  Pendidikan  Jasmani  tidak  terkecuali  terkesan  dalam  menjalani
               pembelajaran secara dalam talian bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Terdahulu, kelas

               diadakan secara fizikal dan dijalankan secara langsung antara pensyarah dan siswa guru.
               Sebarang  bentuk  kesalahan  yang  dilakukan  oleh  siswa  guru  akan  ditegur  ketika  kelas
               berlangsung oleh pensyarah dan membuatkan sesi pembelajaran menjadi amat bermakna.

               Selain  itu,  kemudahan untuk mendapatkan  peralatan  sukan  dan tempat  untuk  melakukan
               aktiviti sukan amatlah fleksibel untuk diadakan. Para siswa guru Pendidikan Jasmani bebas
               untuk melakukan aktiviti sukan bersama rakan-rakan mereka dan bergerak di mana-mana

               sahaja  dengan  adanya  bimbingan  dan  pantauan  oleh  pensyarah.  Menurut  Rancangan
               Maklumat Kursus (RMK) iaitu di dalam kursus Permainan Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola
               Baling (PJMS3033), pelajar akan  dapat melakukan kemahiran asas bola sepak, melakukan

               kemahiran asas bola jaring, melakukan kemahiran asas bola baling dengan teknik yang betul
               dan melaksanakan permainan kecil dalam permainan bola sepak, bola jaring dan bola baling

               secara  beretika  dan  profesional  (IPGM,  2017).  Hal  ini  menunjukkan  bahawa  adanya
               keperluan siswa guru untuk melakukan aktiviti fizikal tersebut dan memerlukan ruang khusus
               untuk melaksanakan aktiviti berbanding situasi sekarang iaitu siswa guru perlu melaksanakan

               aktiviti yang hanya bersesuaian dalam keadaan persekitaran mereka dan perlu mendapatkan
               pertimbangan  daripada  pensyarah  mereka.  Situasi  pembelajaran  seakan  mula  berubah

               apabila  pandemik  mula  melanda  negara  dan  menyebabkan  para  siswa  guru  memerlukan
               bimbingan secara khusus walau dalam talian. Perkara yang dilihat begitu signifikan dengan
               mereka adalah, mereka perlu merakam video pembelajaran mereka dan memuat naik video

               tersebut  ke  dalam  pautan  yang  telah  disediakan  oleh  pensyarah.  Ini  sedikit  sebanyak
               menyebabkan  mereka  perlu  adanya  kemahiran  dalam  teknologi  maklumat  untuk
               melangsungkan hidup dalam sesi pembelajaran. Menurut Nur Syarafina, Zainal Fitri dan Ying

               (2020), kajian terhadap 99 orang responden mendapati pembelajaran digital dapat dicapai
               dengan  berkesan,  dan  ia  boleh  menyediakan  satu  alternatif  kepada  pembelajaran.  Untuk
               melakukan  perubahan  kepada  pengajaran  secara  tradisional  adalah  sukar,  namun  boleh

               dicapai sekiranya kemudahan teknologi disediakan dengan sempurna dan pelajar mempunyai
               motivasi dalam membentuk kesedaran terhadap pembelajaran digital. Oleh itu, kesedaran

               kepentingan  pembelajaran  secara  digital  akan  dapat  diterima  sepenuhnya,  lebih-lebih  lagi
               dengan kemajuan teknologi maklumat dan teknologi dalam PdP.
                       Hasil  dapatan  kajian  ini  secara  tidak  langsung  menggambarkan  cabaran  untuk

               meneruskan pembelajaran dalam talian yang dihadapi oleh semua siswazah di negara kita.
               Keadaan atau persekitaran pembelajaran secara dalam talian ini juga tidak terkecuali dihadapi



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1112
   1125   1126   1127   1128   1129   1130   1131   1132   1133   1134   1135