Page 126 - e Prosiding Serai 2021
P. 126
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KPM telah mengumumkan melalui satu kenyataan media tentang penamatan kontrak
1 Bestari fasa dua dengan syarikat YTL dan secara tidak langsung KPM tidak lagi melanggan
VLE Frog bermula 1 Julai 2019. Sehubungan dengan itu, pelantar pembelajaran digital
ditukarkan kepada Google Classroom (GC) yang turut mempunyai konsep yang sama iaitu
pembelajaran yang berorientasikan maya. Oleh itu, guru di Malaysia dicadangkan
menggunakan GC ini dalam PdP.
PERNYATAAN MASALAH
Platform pembelajaran digital melalui maya ini membuka peluang kepada guru untuk
menerapkan pembelajaran yang menyeronokkan selain membantu hasrat negara dalam
memperkembangkan komuniti bertaraf global. Rafiza (2013) dan Ida Norini (2013) yang
menyatakan pembelajaran atas talian merupakan satu inovasi yang berupaya mewujudkan
suasana pembelajaran yang mudah dan fleksibel.
Kajian Ummu Salma dan Fariza (2014), guru kurang menggunakan VLE Frog dalam
PdP kerana kurangnya pengetahuan terhadap ICT di sebuah sekolah rendah di Lembah
Klang. Oleh sebab platform digital pembelajaran yang ‘baharu’ telah diperkenalkan kepada
guru, kajian terhadap isu ini sangat diperlukan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru
terhadap pelaksanaan dan kepentingan GC ini dalam bidang pendidikan.
Manakala Shahfiezul (2018), Azman Jais (2018) dan Lai et, al (2017) mendapati
bahawa tahap penggunaan pembelajaran persekitaran maya (VLE Frog) dalam kalangan guru
berada pada tahap sederhana. Namun begitu, masih kurang kajian tentang tahap
penggunaan GC dalam kalangan guru khususnya di sekolah rendah di Putrajaya. Setelah VLE
Frog ditamatkan, KPM telah memperkenalkan GC sebagai alternatif untuk pelantar
pembelajaran digital.
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap kepentingan GC dalam pendidikan.
2. Mengenal pasti tahap pengaplikasian GC dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
Soalan Kajian
1. Apakah tahap pengetahuan guru tentang kepentingan GC dalam pendidikan?
2. Apakah tahap pengaplikasian GC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu?
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 108

