Page 127 - e Prosiding Serai 2021
P. 127
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEPENTINGAN KAJIAN
Melalui kajian ini, pihak KPM boleh merancang dan seterusnya mengadakan kursus- kursus
yang berkaitan bagi meningkatkan lagi pengetahuan guru selain menanam kesedaran tentang
kepentingan GC yang sangat berkesan kepada pendidikan. Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
boleh membuat penyemakan terhadap program latihan yang disusun atur untuk melatih guru.
Di samping itu, kajian ini juga penting untuk memaklumkan kepada pihak pentadbiran
tentang tahap pengetahuan dan tahap pengaplikasian GC yang dijalankan dalam PdP Bahasa
Melayu. Kajian ini berupaya membantu pihak sekolah untuk mengenal pasti kemudahan dan
keperluan guru bagi melaksanakan PdP melalui ruang maya. Dengan kajian ini, ia diharapkan
dapat memberi gambaran tentang cabaran yang dihadapi oleh guru terhadap pelaksanaan GC
dalam proses PdP yang sangat berhubung rapat dengan profesion mereka serta dapat
dijadikan panduan dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21.
Dapatan daripada kajian ini mampu menunjukkan kepada ibu bapa tentang peranan
komuniti dalam menjayakan proses pembelajaran yang berkesan khususnya melalui
pelaksanaan GC ini. Secara tidak langsung, murid juga mendapat manfaat daripada kajian
ini.Tegasnya, dengan mengetahui kepentingan GC, pihak ibu bapa akan bersikap lebih
terbuka untuk menyokong dasar yang dijalankan oleh KPM.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian kuantitatif (kajian tinjauan) untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian GC dalam PdP
Bahasa Melayu. Populasi kajian terdiri daripada guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di
sekolah rendah kebangsaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 118 orang guru
terlibat sebagai responden dalam kajian ini yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak
mudah.
Instrumen soal selidik hasil adaptasi dan pengubahsuaian daripada kajian Shahfiezul
(2018) dan Azman (2018). Terdapat tiga elemen utama iaitu demografi guru, konstruk
pengetahuan dan konstruk pengaplikasian. Instrumen ini telah disahkan oleh pakar dalam
bidang berkaitan dari segi konstruk, kandungan dan bahasa. Kebolehpercayaan instrumen
yang mengandungi 16 item ini ditentukan dengan menggunakan indeks kebolehpercayaan
Alpha Cronbach dengan nilai 0.915.
Kajian rintis terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu di empat buah sekolah di Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Data bagi kajian diperoleh daripada soal selidik dan kemudiannya
dianalisis perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0. Statistik
deskriptif digunakan untuk menghuraikan atau membuat ringkasan bagi maklumat yang
diperoleh daripada sampel. Skor min yang diperoleh untuk semua soalan dalam kajian
ditafsirkan berdasarkan julat atau skala tertentu oleh Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 109

