Page 129 - e Prosiding Serai 2021
P. 129

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               nilai masing-masing (M= 3.97, SP = 0.842) dan (M=3.52, SP= 1.182). Item yang mendapat
               skor min paling tinggi ialah item 1. Hal ini menunjukkan guru bersetuju bahawa dasar kerajaan

               memperkenalkan pelantar pembelajaran digital sesuai dengan perkembangan masa kini.
                      Secara keseluruhannya, skor min bagi pengetahuan tentang kepentingan GC ialah
               4.072. Manakala, nilai sisihan piawai bagi keseluruhan konstruk ini adalah 0.613. Skor min

               keseluruhan tersebut diinterpretasikan dan menunjukkan bahawa pengetahuan guru tentang
               kepentingan  GC  pada  tahap  tinggi.  Berdasarkan  analisis  data  tersebut,  dapat  dirumuskan

               bahawa pengetahuan guru tentang kepentingan GC berada pada tahap tinggi. Sebahagian
               besar guru tahu tentang dengan manfaat GC baik kepada murid, aktiviti PdP mahupun kepada
               guru itu sendiri. Namun, dapatan min pada item 8 (konstruk pengetahuan), hanya sebahagian

               guru  menyedari  tentang  kewujudan  kumpulan  Telegram  GC  Training  untuk  para  guru
               berkongsi maklumat (min=3.52).


               Tahap Pengaplikasian GC dalam PdP Bahasa Melayu.

                    Jadual 3: Analisis Item bagi Tahap Pengaplikasian GC dalam PdP BM

                                                   Item                   Min µ
                    Bil                                                                S.P        Tahap
                                             Pengaplikasian

                         Saya menggunakan GC untuk memuat turun                                 Sederhana
                     1.   dan memuat naik bahan dan nota yang              2.48       1.145
                         bersesuaian dengan pengajaran saya.                                     rendah
                         Saya menggunakan GC untuk                                              Sederhana
                     2.   meletakkan pautan (hyperlink) yang               2.29       1.102
                         berkaitan dengan topik pengajaran.                                      rendah
                         Saya menggunakan GC untuk                                              Sederhana
                     3.   menghantar pesanan kepada ahli ruang             2.17       1.065
                         kelas yang dibina                                                       rendah
                         Saya membina kuiz ringkas dalam GC bagi
                     4.                                                                         Sederhana
                         menilai kefahaman murid terhadap                  2.03       1.025      rendah
                         pembelajaran.
                         Saya memberikan tugasan yang
                     5.   memerlukan penggunaan GC kepada                  1.95       .994        Rendah
                         murid.
                         Saya memberikan penilaian kepada tugasan
                     6.   yang dilakukan oleh murid menggunakan GC.        1.95       1.011       Rendah

                         Saya menggunakan ruang perbincangan dalam GC
                     7.   untuk membincangkan sesuatu topik.                    2.00     1.046     Rendah

                         Saya menggunakan GC sebagai medium
                     8.   perkongsian ilmu dan berkongsi sumber dengan          1.90     1.057     Rendah
                         komuniti luar.
                                               Keseluruhan                      2.116    0.955


                      Berdasarkan jadual,  item  1  pada  tahap  sederhana  rendah  dengan  nilai  min (2.48).
               Namun,  sekiranya  dibandingkan  dengan  item-item  lain,  nilai  min  bagi  item  ini  merupakan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      111
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134