Page 130 - e Prosiding Serai 2021
P. 130
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
paling tinggi. Hal ini kerana guru lebih gemar menggunakan GC tempat simpanan bahan
kerana ruang penyimpanan secara atas talian dalam akaun domain yang diberikan oleh KPM
tidak terbatas. Secara keseluruhannya, skor min (2.116) dan nilai sisihan piawai (0.955) bagi
penggunaan GC dalam PdP. Skor min keseluruhan tersebut diinterpretasikan dan
menunjukkan bahawa pengaplikasian GC PdP Bahasa Melayu pada tahap sederhana rendah.
Hal ini menunjukkan guru kurang mengaplikasikan GC dalam PdP. Selain itu, nilai sisihan
piawai tersebut turut menunjukkan bahawa set data kajian terserak jauh sedikit daripada
ukuran pusat.
Kajian ini mendapati bahawa hanya sebahagian kecil guru melaksanakan aplikasi GC
dalam PdP Bahasa Melayu. Dalam erti kata lain, secara puratanya guru jarang menggunakan
GC iaitu hanya satu hingga dua kali sahaja dalam sebulan. Hal ini bermaksud, masih kurang
lagi guru yang menyahut seruan KPM untuk menggunakan pelantar pembelajaran maya
sebagai salah satu kaedah pengajaran bagi menerapkan ciri pendidikan abad ke-21 di dalam
kelas.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kajian ini dapat membuka minda semua pihak untuk menjayakan hasrat KPM melahirkan
komuniti bertaraf global. Melalui dapatan kajian ini, KPM boleh mengadakan atau menyemak
kesediaan guru tentang cara-cara mengaplikasikan GC dalam bidang pendidikan.
Kajian ini memberi pengetahuan kepada guru tentang kebolehan dan keupayaan
penggunaan aplikasi GC dalam pendidikan. Kajian ini berupaya membuka peluang kepada
guru-guru untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang cara pengaplikasian GC dalam
PdP dan seterusnya mempraktikkan aplikasi GC dengan lebih berkesan lagi.
Pihak pentadbir perlu memantau dan memastikan kemudahan infrastruktur membantu
gerak kerja guru untuk memastikan pelaksanaan GC dalam PdP sekurang-kurangnya sekali
dalam sebulan.
Penyelidik seterusnya boleh membuat kajian dengan lebih lanjut tentang faktor atau
kekangan yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan GC dalam PdP.
RUJUKAN
Azman Jais. (2018). Penerimaan dan Penggunaan Inovasi Persekitaran Pembelajaran Maya
(VLE) dalam Kalangan Guru. PHD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ida Norini Mahamad Tajudin. (2013). Kajian Tinjauan Mengenai Keberkesanan Penggunaan
Konsep Persekitaran Pengajaran Maya Frog (VLE FROG) di Kalangan Murid SK Haji
Mahmud Chemor, Perak. Kertas Projek Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan
Idris
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 112

