Page 134 - e Prosiding Serai 2021
P. 134
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PERLAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat dengan tujuan untuk memahami masalah
tersebut dengan lebih mendalam. Temu bual dijalankan secara rawak ke atas 5 orang guru
untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka untuk mengadakan kelas atas
talian.
Pemerhatian Awal
Saya telah membuat pemerhatian maklum guru dalam Telegram Guru SBU, bTelegram Kelas
dan Whatsapp Kelas ke atas pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian.
Sebelum kajian guru-guru hanya memberi Latihan atau kuiz dalam kumpulan Telegram atau
Whatsapp kelas masing-masing. Mereka kurang keyakinan untuk mengadakan pdp atas talian
dan tidak menunjukkan pengurusan tugasan yang teratur dan sistematik.
Soal Selidik Pra
Soal selidik pra pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan situasi dan
keperluan mereka untuk pengendalian kelas atas talian.
Soalan Selidik Pasca
Selepas saya menjalankan PLC Kumpulan Kecil (PLCKK), ujian pasca diadakan. Ujian Pasca
menggunakan set soalan mirip dengan Ujian Pra.
Temubual
5 orang guru telah ditemu bual untuk mengumpul punca masalah yang dihadapi oleh mereka
dalam pengurusan kelas atas talian.
Analisis Tinjauan Masalah
Didapati guru-guru tidak mengenali Google Classroom sebagai platform untuk pengurusan
keals yang sistematik dan berkesan. Di antara masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah
mereka:
1 Tidak mengenali GC
2 Tiada pengalaman mengadakan pdp atas talian
3 Tidak tahu menggunakan Google Meet sebagai platform pdp atas talian
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 116

