Page 132 - e Prosiding Serai 2021
P. 132
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MEMPERKASAKAN GOOGLE CLASSROOM SMKSBU MELALUI PLC KUMPULAN
KECIL (PLCKK) – GURU-GURU DAPAT MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM DAN
DAN GOOGLE MEET UNTUK PDPR SUPAYA LEAVE NO ONE BEHIND
Lee Saw Im (B.Sc (Hons)
SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
sawim27@gmail.com
ABSTRAK
Pandemik koronavirus (Covid-19) telah melanda seluruh dunia dan memberi kesan kepada
pelbagai bidang termasuklah pendidikan. Kejadian ini telah menyebabkan sekolah ditutup
serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan secara maya. Guru-guru di seluruh dunia
termasuk SMK Seri Bintang Utara menghadapai masalah tiada pengalaman melaksanakan
pengajaran atas talian dan kemahiran pembelajaran pendigitalan. Bagi memastikan kualiti
PdP tidak terjejas, saya telah mempelajari applikasi digital seperti Google Classroom untuk
PdP atas talian. Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan PLC
Kumpulan Kecil (PLC KK) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemarian menggunakan
Google Classroom serta Google Meet untuk proses pengajaran dan pembelajaran atas talian.
Kajian ini melibatkan 80 orang guru. Tinjauan awal melalui soal selidik awal dan soal selidik
dan temu bual mendapati mereka tidak dapat tahu menggunakan Google Class dan Google
bagi tujuan pengajaran atas talian. PLC KK membantu guru mahir mengurus kelas dan
tugasan. PLC KK menyediakan ruang untuk menggalakkan guru minds on and hands on
membina semua kelasnya dalam tempoh 1 minggu. Adalah terbukti bahawa PLC KK berkesan
kerana 87.2% guru dapat membina semua Class untuk kelas-kelasnya dengan mudah dan
berkesan Semua guru menunjukkan peningkatan kemahiran menggunakan Google
Classroom dan Google Meet.
Kata kunci: Pendidkan digital, PdP atas talian, Pembelajaran masteri, Pembelajarn inkuiri,
Fun learning
PENDAHULUAN
Saya adalah seorang guru kimia di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Di Malaysia,
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 akibat Covid-19 telah menguatkuasakan PKP dari
18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi PKP Fasa 1, PKP Fasa 2 dari 1 hingga 14 April 2020,
dilanjutkan ke PKP Fasa 3 dari 15 hingga 28 April dan seterusnya PKP Fasa 4 dari 29 April
hingga 12 Mei. Akibat PKP instusi tinggi dan sekolah telah ditutup. Tambahan pula dengan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 114

