Page 133 - e Prosiding Serai 2021
P. 133
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
perubahana keadaan yang tidak menentu telah menimbulkan kesan yang besar terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid tidak dapat mengadakan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara fizikal, sebaliknya ianya telah digantikan dengan ke PdP
online. Perubahan yang mendadak memerlukan para pendidikan menghadapi normal baharu
dan menangani perubahan yang berlaku secara berkesan dalam memastikan matlamat dan
agenda pendidikan dapat dilestarikan dalam tempoh PKP. Apabila perubahan VUCA,
pemimpin perlu cekap dalam mengadaptasi perubahan yang mendadak, menambahbaik,
kreatif dan berkolaboratif (Drucker, 2017). Para guru juga perlu mempersiapkan diri daripada
segala aspek agar dapat mengadaptasi apa juga keadaan dalam dunia yang sentiasa
berubah. Perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah pelaksanaan tugas rasmi untuk
melaksanakan pengajaran secara maya samaada atas talian atau di luar talian.
“Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita.
Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pengajaran dan
pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan
pelbagai kaedah lain untuk berhubung dengan murid.” YAB Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin. (Peritusan Hari Guru Tahun 2020)
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan pengajaran atas talian dalam
kalangan guru sekolah tempoh sekolah ditutup keranan Pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah:
1 Meningkatkan pengetahuan guru menggunakan Google Classroom (GC)
2 Mengenal pasti guru membuka kelas dalam GC
3 Memastikan guru dapat melaksanakan pengurusan tugasan kepada murid
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 80 orang guru SMK Seri Bintang Utara.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 115

