Page 150 - e Prosiding Serai 2021
P. 150

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               kaedah pengajaran dan pembelajaran bukan sekadar bagi mencapai objektif pelajaran harian
               semata-mata, malah untuk mewujudkan pembelajaran berfikrah dan bermakna.


                       Tahap pengetahuan siswa guru tentang strategi Pembelajaran Koperatif merupakan
               komponen  signifikan  untuk  memastikan  guru-guru  lebih  yakin  dan  bersedia  untuk

               melaksanakan amalan Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains di sekolah. Min
               keseluruhan bagi tahap kesediaan dari segi pengetahuan ialah (min = 4.57) dan sisihan piawai
               (std. = 0.37). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pengetahuan siswa guru

               tentang Pembelajaran Koperatif adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapat disimpulkan
               bahawa siswa guru Sains memiliki pengetahuan dari segi konsep, ciri, prinsip dan kelebihan
               apabila  mengamalkan  Pembelajaran  Koperatif  dalam  subjek  Sains.  Kesediaan  tahap

               pengetahuan siswa guru mengenai teori dan kaedah pelaksanaan Pembelajaran Koperatif
               adalah di tahap tinggi.


                       Tahap pengetahuan siswa guru tentang strategi Pembelajaran Koperatif merupakan
               satu  komponen  penting  untuk  memastikan  guru-guru  lebih  yakin  dan  bersedia  untuk

               melaksanakan amalan Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains di sekolah. Bakal
               guru permulaan seharusnya memiliki persediaan pengetahuan yang cukup lebih-lebih lagi
               dalam hal menguruskan bilik darjah. Penerapan pengetahuan kepada siswa guru mengenai

               Pembelajaran Koperatif di beberapa buah IPG ini adalah sangat baik.


                       Seterusnya,  kesediaan  kemahiran  dalam  melaksanakan  Pembelajaran  Koperatif
               dalam  Sains  juga  merupakan  komponen  yang  penting  untuk  memastikan  guru  pra
               perkhidmatan  lebih  bersedia  dari  segi  pengurusan,  pengendalian  dan  pelaksaaan kaedah

               terbabit.  Hasil  analisis  diskriptif  mengindikatorkan  tahap  kesediaan  kemahiran  siswa  guru
               terhadap pelaksanaan Pembelajaran Koperatif dalam Sains didapati berada pada tahap tinggi
               dengan  nilai  (min  =  4.47)  dan  (std.  =  0.47).  Keputusan  ini  jelas  membuktikan  bahawa

               kesediaan  siswa  guru  Sains  Institut  Pendidikan  Guru  di  seluruh  Malaysia  berkemahiran
               melaksanakan pembelajaran koperatif.


                       Daripada dapatan kajian bahagian ini juga, didapati bahawa siswa guru bersedia untuk
               mengikuti  kursus,  seminar  mahupun  bengkel  berkaitan  Pembelajaran  Koperatif  untuk

               memantapkan  lagi  kaedah  pelaksanaannya  semasa  pengajaran.  Daripada  dapatan  kajian
               bahagian  ini  juga,  didapati  bahawa  siswa  guru  bersedia  untuk  mengikuti  kursus,  seminar
               mahupun  bengkel  berkaitan  Pembelajaran  Koperatif  untuk  memantapkan  lagi  kaedah

               pelaksanaannya semasa pengajaran.


                       Merujuk  kepada  kedua-dua  pemboleh  ubah  termasuklah  tahap  kesediaan
               pengetahuan siswa guru dan tahap kesediaan kemahiran siswa guru Pembelajaran Koperatif

               dalam Sains, nilai skor min secara keseluruhannya masing-masing (min = 4.5706) dan (min
               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                132
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155