Page 151 - e Prosiding Serai 2021
P. 151

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               = 4.4681) adalah berada pada tahap tinggi. Maka, boleh disimpulkan bahawa siswa guru
               Sains Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia sangat bersedia berdasarkan aspek-aspek

               tersebut dalam melaksanakan amalan Pembelajaran Koperatif semasa pdp Sains di sekolah.



               KESIMPULAN KAJIAN

               Dalam  menghadapi  revolusi  pendidikan  yang  sentiasa  fleksibel,  kesediaan  untuk  menjadi

               pendidik yang terbaik adalah perkara paling signifikan. Siswa guru atau guru praperkhidmatan
               yang mempunyai  ciri-ciri kemenjadian guru  seperti  sentiasa  bersedia  dan  cakna  terhadap
               perubahan  dasar-dasar  sistem  pendidikan  kini  berupaya  dan  mampu  menjadi  seorang

               pendidik  yang  berilmu  pengetahuan,  berketrampilan,  mempunyai  nilai  diri  yang  mulia,
               bertanggungjawab, komited dan berkeupayaan membestarikan diri. Kesediaan siswa guru
               dalam  mempersiapkan  diri  dan  memperbaiki  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  seiring

               dengan kehendak dan keperluan era moden abad ke-21, baik secara soft skill mahupun hard
               skill merupakan usaha murni yang akan mengubah nasib generasi muda pada masa akan

               datang kearah lebih cemerlang dan terbilang dalam segenap hal.

               SYOR CADANGAN KAJIAN


               Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
               Pihak  berkenaan  boleh  menggubal  kurikulum  Pendidikan  Sains  yang  mengaplikasikan
               struktur Pembelajaran Koperatif sekaligus membekalkan kurikulum yang dapat meningkatkan

               pemikiran KBAT murid (Azieyana Aziz & Christina Andin, 2018). Selain itu, pihak KPM boleh
               membuat  inisiatif  lain  seperti  mengadakan  bengkel  atau  seminar  berkenaan  penerapan

               pembelajaran  koperatif,  menyediakan  modul  khusus  untuk  guru  rujuk  semasa
               melaksanakannya  dalam  pengajaran  sehari-hari.  Perkara  tersebut  secara  tidak  langsung
               membolehkan guru mengamalkan konsep Pembelajaran Koperatif semasa pengajaran dan

               pembelajaran. KPM juga perlu melakukan inisiatif dengan menyediakan kelengkapan yang
               mencukupi untuk siswa guru menjalani program latihan keguruan seperti peralatan ICT, akses
               internet  5G  serta  tajaan  untuk  menyertai  seminar  atau  program  yang  boleh  memartabat

               profesion keguruan di mata dunia.

               Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Kampus

               Susulan daripada keputusan kajian, pihak berkenaan boleh meningkatkan standard program
               latihan  keguruan  di  IPG  kampus  di  seluruh  Malaysia  agar  dapat  mengekalkan  tahap
               kesediaan siswa guru berkenaan pengurusan bilik darjah dan ilmu pedagogi masa kini. Pihak

               tersebut juga dapat merangka dan melaksanakan program pembangunan professionalisme
               keguruan kepada siswa pendidik untuk melahirkan seorang guru yang bukan sahaja serba

               boleh, malah sentiasa up-to-date diri dengan perubahan dunia pendidikan era globalisasi ini.
               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                133
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156