Page 183 - e Prosiding Serai 2021
P. 183

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Berdasarkan  Jadual  2,  min  kecenderungan  gaya  pembelajaran  fisiologikal  iaitu  min  gaya

               auditori  (M=4.18,  SP=0.66)  adalah  lebih  tinggi  berbanding  dengan  gaya  visual  (M=3.75,
               SP=0.87), gaya kinestetik (M=4.11, SP=0.79) dan gaya taktil (M=4.16, SP=0.66). dari segi
               gaya  pembelajaran  sosiologikal  pula,  min  gaya  berkumpulan  adalah  lebih  tinggi  (M=4.27,

               SP=0.71)  berbanding  dengan  gaya  bersendirian  (M=3.14,  SP=1.08).  Justeru,  dapat
               dirumuskan bahawa pelajar PISMP IPGKSM mengamalkan gaya pembelajaran auditori dan
               berkumpulan secara dominan dalam proses pembelajaran norma baharu. Dapatan kajian ini

               menyokong  dapatan  kajian  M.  Kaviza  (2019)  yang  telah  menunjukkan  bahawa  gaya
               pembelajaran fisiologikal iaitu gaya auditori, manakala gaya pembelajaran sosiologikal iaitu

               gaya  berkumpulan  merupakan  gaya  pembelajaran  yang  dominan  yang  diamalkan  dalam
               kalangan  pelajar.    Hal  ini  kerana  gaya  auditori  dan  berkumpulan  adalah  melibatkan  cara
               belajar secara kuliah, perbincangan, mendengar penerangan dan pendapat orang lain (Lezah

               @ Lejah & Rosy Talin, 2018).


                       Jadual 2. Min Kecenderungan Gaya Pembelajaran (GP)
                           Aspek       Kecenderungan GP  Min (M)          SP       Tahap
                        Fisiologikal   Gaya Visual              3.75     0.87      Tinggi
                                       Gaya Auditori            4.18     0.66      Tinggi
                                       Gaya Kinestetik          4.11     0.79      Tinggi
                                       Gaya Taktil              4.16     0.66      Tinggi
                        Sosiologikal   Gaya Kumpulan            4.27     0.71      Tinggi
                                       Gaya Sendirian           3.14     1.08    Sederhana

               KESIMPULAN KAJIAN

               Kajian ini berkaitan kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar PISMP IPGKSM iaitu pelajar

               generasi Z. Dapatan kajian gaya pembelajaran pelajar generasi Z adalah berbeza dengan
               generasi sebelum ini. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar

               masing-masing.  Pelajar  perlu  memahami  kecenderungan  gaya  pembelajaran  yang  perlu
               ditekankan supaya cara dan strategi pembelajaran dapat selari dengan gaya pembelajaran
               yang  dominan.  Pensyarah  juga  boleh  menyediakan  kaedah  pengajaran  yang  kreatif  dan

               inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran norma baharu supaya boleh meningkatkan lagi
               minat pelajar terhadap kursus yang diajar. PdP dalam suasana pandemik Covid-19 dapat

               membuahkan  hasil  yang  baik  apabila  wujudnya  sesi  pembelajaran  yang  menyeronokkan
               (Taljaard,  2016),  dan  mewujudkan  pembelajaran  yang  lebih  bermakna  (Jayanthi  &  Munir,
               2016). Oleh yang demikian, pelajar perlu menyesuaikan diri untuk bertindak pantas terhadap

               situasi sebegini dengan strategi pembelajaran cara baru di era norma baharu (Ghebreyesus,
               2020).


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                165
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188