Page 220 - e Prosiding Serai 2021
P. 220

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                 KESEDIAAN PENSYARAH IPG TERHADAP PENGGUNAAN GOOGLE APPS DALAM
                                  PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)
                                         KURSUS KESUSASTERAAN MELAYU

                               Farizah Hashim , Baseni Jantra.  Nurfarah Lo Abdullah.    3
                                                                 2
                                                1
                                                                               5
                                                         4
                                         Noriah Che Leh , dan Hamimah Alwi.

                                 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
                                         farizah10-188@epembelajaran.edu.my


                                                       ABSTRAK


               Struktur  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)  berasaskan  teknologi  mengalami

               perubahan pesat kesan pendemik yang melanda dunia. Kemajuan aplikasi teknologi  seperti
               Google  Apps  telah  membantu  para  pendidik  dalam  pengajaran  yang  menjadi  medium
               penyampaian ilmu. Kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes digunakan untuk

               meneroka kesediaan pensyarah IPG terhadap penggunaan Google Apps dalam PdPc kursus
               Kesusasteraan  Melayu.  Empat  orang  peserta  kajian  telah  dipilih  yang  terdiri  daripada
               pensyarah  Jabatan  Pengajian  Melayu  yang  dipilih  secara  persampelan  bertujuan.  Data

               dikumpul  melalui  kaedah  temu  bual,  pemerhatian  dan  analisis  dokumen.  Data  dianalisis
               secara triangulasi di mana data temu bual akan disokong oleh data pemerhatian dan analisis
               dokumen. Analisis data kualitatif dirumuskan bahawa terdapat lima tema utama yang ditemui

               yang mempengaruhi kesediaan pensyarah IPG terhadap penggunaan Google Apps dalam
               pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kesusasteraan Melayu iaitu kurang penguasaan

               yang  menyeluruh  kepada    semua  perisisan  yang  terdapat  dalam  Google  Apps,  masa
               penyediaan  bahan  yang  mengambil  masa  yang  lama,  talian  internet  yang  kurang  stabil,
               menentukan kaedah penilaian dan pentaksiran yang sesuai dan fleksibeliti kandungan yang

               ingin disampaikan. Kesimpulannya, menguasai elemen yang terkandung dalam Google Apss
               akan dapat mengatasi masalah kesediaan pensyarah IPG dalam penyampaian pengajaran
               dari segi masa, fleksibeliti bahan dan pentaksiran yang sesuai dijalankan.


               Kata kunci: kesediaan pensyarah, Google Apps, PdPc Kesusasteraan Melayu


               PENGENALAN

               Perkembangan dan kepesatan ICT pada zaman globalisasi kini menuntut institusi-institusi

               pendidikan membuat perubahan agar terus relevan dari aspek penyediaan dan pembangunan
               modal  insan  kepada  negara  untuk  mencapai  status  negara  maju  (Christina  Andin  @Nur
               Qistina  dan  Hazman  2009;  Marlina  et  al.  2016).  Kajian  ini  akan  memfokuskan  kepada



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                202
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225