Page 221 - e Prosiding Serai 2021
P. 221
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kesediaan pensyarah institut pendidikan guru terhadap penggunaan Google Apps dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kursus Kesusasteraan Melayu. Fokus kajian
termasuk pengetahuan pensyarah, kemahiran pensyarah serta cabaran yang dihadapi dalam
melaksanakan proses PdPc mengguna platform Google Apps.
Kemajuan dalam bidang aplikasi seperti Google Apps telah banyak memberi impak
positif dalam bidang pengajaran yang dijadikan medium dalam menyampaikan maklumat dan
berkongsi pendapat antara pensyarah dan pelajar. Google adalah koperator multinasional
yang mengkhususkan perkhidmatan internet dan beberapa produk atas talian yang meliputi
teknologi pengiklanan, pencarian, pengkomputeran dan perisian. Google Apps mempunyai
ciri-ciri keselamatan yang tinggi agar maklumat yang disimpan oleh pengguna pada aplikasi
penyimpanan ini tidak mudah diceroboh (Gunawan & Agustina, 2013). Selain itu, untuk
menggunakan Google Apps, pengajar perlu memainkan peranan penting bagi memastikan
penggunaan teknologi memberi kesan yang baik dalam proses PdPc.
SOROTAN LITERATUR
Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana berhubung kesediaan
pensyarah terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut penulisan
jurnal yang dihasilkan oleh Ahmad Al-Munzir Ridzuan (2020) yang bertajuk Tahap Kesediaan
Pensyarah Terhadap Penggunaan M-Pembelajaran dalam Sistem Pendidikan dan Latihan
Teknik dan Vokasional (TVET), dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan
pensyarah terhadap penggunaan m-pembelajaran dalam sistem TVET di KKLD dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah sederhana rendah. Implikasi daripada kajian ini
ialah para pensyarah perlu diberi lebih banyak pendedahan tentang penggunaan m-
pembelajaran dalam sistem TVET melalui inisiatif kendiri, institusi atau jabatan sama ada
dengan penganjuran seminar, bengkel atau latihan yang bersesuaian. Faktor kesediaan
pensyarah terhadap perubahan sesuatu sistem pendidikan merupakan salah satu indikator
kepada kejayaan sesuatu perubahan dalam sistem pendidikan.
Menurut Izham dan Attan (2007), salah satu elemen penting dalam menjayakan PdPc
secara atas talian ialah dari aspek kesediaan pensyarah dalam menggunapakainya. Menurut
Hennessy, Harrison dan Wamakote (2010), antara cabaran yang dihadapi dalam
mengaplikasikannya ialah keterbatasan pensyarah dari aspek pengetahuan dan kemahiran
untuk menggunapakai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses PdP. Menurut
Othman dan Awang (2018), pendekatan pelaksanaan PdP melalui platform atas talian seperti
Google Classroom merupakan kaedah yang terkini dan mesra pengguna samada untuk
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 203

