Page 224 - e Prosiding Serai 2021
P. 224

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


               Masa penyediaan bahan yang mengambil masa yang lama



               Berikut merupakan dapatan temu bual yang merujuk kepada tema kedua yang muncul  iaitu
               berkaitan masa penyediaan bahan pembelajaran yang mengambil masa yang lama.


                       “Kekangan yang saya selalu hadapi ialah dari segi masa untuk menyediakan bahan
                       yang lebih interaktif. Saya masih belajar berusaha menguasai kemahiran membina

                       Google Slides. Adakalanya proses ini mengambil masa yang agak lama kerana kita
                       juga mempunyai banyak tugasan lain yang perlu diselesaikan. (Temu bual PJPM 1:

                       43-47)


                       “Masa jadi lama tu sebab kita nak sesuaikan bahan dengan objektif pengajaran yang
                       ditetapkan ditambah pula tahap penguasaan kepada aplikasi yang digunakan masih
                       belum mahir sepenuhnya.” ( Temu bual PJPM 2: 51-53)


               Talian Internet yang kurang stabil



               Tema  seterusnya yang dapat dikenal pasti yang mempengaruhi kesediaan pensyarah IPG
               terhadap penggunaan Google Apss ialah berkaitan talian Internet yang kurang stabil.


                       “Masalah  talian  Internet  ni  antara  faktor  penyebab  yang  sering  mengganggu

                       kelancaran  proses PdPc yang saya jalankan. Kadang tu kita dah prepair beria tapi
                       ketika kelas berlangsung, talian tiba-tiba kurang stabil. Pada pendapat saya, ini antara
                       faktor yang menyebabkan apa sahaja Apps atau aplikasi lain yang terdapat dalam

                       Google tu menjadi terganggu untuk diaplikasikan dalam PdPc. (Temu bual PJPM 1:
                       68-73)


                       “Macam saya, anak yang bersekolah seramai 4 orang. Saya juga menjalankan kelas

                       secara  online.  Masalah  talian  Internet  ni  memang  menjadi  isu  pokok  yang
                       menyebabkan PdPc tidak berjaln lancar. (Temu bual PJPM 2: 56-60)


                       “ Masalah talian Internet ni kita tidak dapat jangka dan berdasarkan pengalaman saya,
                       talian  yang  sering  terganggu  menyebabkan  kerja  seharian  kita  seperti  kelas  dan

                       penyediaan  bahan  pengajaran  dan  pembelajaran  menjadi  lambat  untuk  disiapkan.
                       (Temu bual PJPM 3: 53-56 )


                       “Talian Internet ni ialah faktor utama yang menyebabkan kerja kita jadi tergendala. Kita

                       nak  muat  naik  bahan  pengajaran  seperti  slides  pembentangan  atau  ketika  kelas


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                206
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229