Page 222 - e Prosiding Serai 2021
P. 222
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pensyarah mahupun pelajar. Justeru, penulis mendapati bahawa satu kajian perlu
dijalankan untuk mengkaji kesediaan pensyarah IPG terhadap penggunaan Google Apps
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) kursus Kesusasteraan Melayu.
METODOLOGI KAJIAN
Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian
kes. Kajian kes sesuai digunakan dalam unit yang kecil seperti sekolah, institusi atau unit
sosial yang kompleks secara keseluruhan dan mendalam (Merriam,1998). Data kajian
dikumpulkan menggunakan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah temu bual
sebagai data utama, manakala kaedah pemerhatian terhadap sampel kajian dan kaedah
analisis dokumen dijalankan bagi menyokong data temu bual. Selain itu, melalui temu bual
berkenaan, pengkaji juga dapat mengetahui kaedah yang digunakan dalam pengajaran
kursus berkenaan. Pemerhatian yang dilakukan melalui aplikasi Google Classroom semasa
proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berlangsung secara atas talian dapat
memberi lebih kefahaman tentang aktiviti yang dilaksanakan, interaksi pensyarah dengan
pelajar serta pencapaian pelajar dan pensyarah pada keadaan sebenar (Johnson &
Christensen 2004).
Di samping temu bual dan pemerhatian, kaedah analisis dokumen digunakan bagi
menyokong dapatan temu bual. Nota atau catatan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu
adalah salah satu dokumen peribadi yang yang dapat menggambarkan tindakan, pengalaman
dan kepercayaan mereka. Jenis dokumen yang diteliti dan dianalisis semasa termasuklah
rancangan pengajaran dan pembelajaran mingguan, rekod kemajuan pelajar, rekod kehadiran
pelajar, bahan pembelajaran dan pemudahcaraan dan hasil kerja pelajar. Peserta kajian
terdiri daripada empat orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu salah sebuah IPG di Kuala
Lumpur. Peserta kajian ini dipilih dengan menggunakan pensampelan bertujuan.
DAPATAN KAJIAN
Empat orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu (PJPM) dipilih sebagai peserta kajian.
Mereka dilabel dengan kod Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu 1(PJPM1), Pensyarah
Jabatan Pengajian Melayu 2 (PJPM2), Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu 3(PJPM3) dan
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu 4(PJPM4).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 204

