Page 223 - e Prosiding Serai 2021
P. 223

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Meneroka  Kesediaan  Pensyarah  Jabatan  Pengajian  Melayu  Terhadap  Penggunaan
               Google Apps dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)



               Analisis  data  kualitatif  dirumuskan  bahawa  terdapat  lima  tema  utama  yang  ditemui  yang
               mempengaruhi  kesediaan  pensyarah  Jabatan  Pengajian  Melayu  terhadap  penggunaan
               Google Apps dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kesusasteraan Melayu iaitu

               (a)  kurang  penguasaan  yang  menyeluruh  kepada    semua  perisisan  yang  terdapat  dalam
               Google  Apps,  (b)  masa  penyediaan  bahan  yang  mengambil  masa  yang  lama,  (c)  talian
               internet yang kurang stabil, (d) menentukan kaedah penilaian dan pentaksiran yang sesuai

               dan (e) fleksibiliti kandungan yang ingin disampaikan.


               Kurang  penguasaan  yang  menyeluruh  kepada  semua  perisian  yang  terdapat  dalam
               Google Apps

               Hasil temu bual yang dilakukan, menunjukkan tiga daripada empat peserta kajian menyatakan
               bahawa mereka kurang menguasai keseluruhan perisian yang terdapat dalam Google Apps.
               Berikut adalah contoh trankripsi temu bual yang telah dijalankan.


                       “  Pengaplikasian  ICT  dalam  PdP  memang  sangat  membantu  dari  segi  proses
                       penyampaian ilmu kepada pelajar. Namun demikian, ada juga beberapa perisian lain

                       yang  terdapat  dalam  Google  Apps  yang  belum  dapat  saya  kuasai  dengan  baik.
                       Contohnya penggunaan Google Sites yang sebenarnya jika dikuasai mampu menjadi

                       satu medium untuk pengumpulan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih
                       terancang.” ( Temu bual PJPM 1: 25-32)


                       “Pengajaran  terpaksa  dijalankan  secara  atas  talian.  Apa  yang  saya  alami,  norma
                       baharu yang kita lalui sekarang memerlukan saya belajar menguasai Google Apps

                       kerana di dalamnya, terdapat pelbagai aplikasi yang sangat membantu pdp kita. Saya
                       sendiri  sebenarnya  masih  dalam  proses  belajar  kerana  ada  aplikasi  tertentu  yang
                       baharu bagi saya.” ( Temu bual PJPM 2 : 43-49 )


                       “ Tak semua yang akak mahir. Contohnya penggunaan Googles Slide. Nampak mudah
                       tapi jika kita  tidak  biasa,  terkial-kial juga.  Akak melihat trend  pendidikan  sekarang,

                       semua  aplikasi  yang  terkandung  dalam  Google  Apps  tu  sangat  memudahkan
                       pengajaran kerana sifatnya yang mudah akses dan mesra pengguna memudahkan
                       pelajar  dan  juga  pensyarah  untuk  menyampaikan  maklumat  dan  menghantar

                       tugasan.”
                              ( Temu bual PJPM 4: 32-37)



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                205
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228