Page 217 - e Prosiding Serai 2021
P. 217
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENUTUP
Program pendidikan pesisir pantai ini amat baik untuk terus dilaksanakan pada masa akan
datang memandangkan banyak manfaat yang diperoleh oleh semua pihak. Justeru itu adalah
dicadangkan agar program ini diperluaskan lagi ke sekolah-sekolah lain yang berhampiran
pantai memandangkan program ini telah berjaya dilaksanakan disekolah yang sedia ada iaitu
sebanyak 16 buah sekolah pesisir pantai yang terlibat dalam program ini. Disamping itu,
penilaian program hendaklah dilaksanakan bagi ini untuk memastikan program yang
dilaksanakan tidak sia-sia dan mengelak dari berlakunya pembaziran sama ada dari segi
wang, masa dan tenaga kerja yang terlibat. Ini kerana melalui penilaian program juga dapat
memastikan program yang dilaksanakan berada pada landasan yang betul dan tidak lari dari
matlamat asal tujuan program tersebut dilaksanakan dengan ini dapatan penilaian kita nanti
amat penting dan menjadi rujukan bagi pihak berkepentingan (stakeholders) dalam membuat
keputusan dalam melaksanakan sesuatu program.
Secara kesimpulan program ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat untuk
melihat kekurang serta kebaikan yang diperolehi untuk dijadikan panduan dalam menjalankan
sesebuah program. ini kerana motivasi setiap individu merupakan elemen penting yang perlu
dimiliki untuk mendorong diri dalam menjalankan tugas dengan bersungguh-sugguh,
bersemangat, fokus, efisien dan efektif.
Program pendidikan pesisir pantai juga dapat memberi motivasi kepada pihak sekolah
yang terlibat kerana mereka merasakan diambil berat oleh IPGKKB dengan berbagai program
yang dijalankan melibatkan guru,murid ,ibubapa dan pentadbir sekolah. Peruntukkan
kewangan daripada unit EPRD jabatan perdana menteri menjadi pemangkin kepada
pelaksanaan program pesisir pantai termasuk kajian penyelidikan untuk sekolah berkenaan.
Penglibatan daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, MARA,
Suruhanjaya Koperasi dan NGO membantu memperkasakan lagi sekolah pesisir pantai.
Maklumbalas daripada pihak sekolah begitu positif dan memberangsangkan sehinggakan
mereka memberi komitmen yang tinggi terhadap program yang dijalankan oleh pihak
IPGKKB. Antara program yang berjaya dijalankan seperti tajaan biasiswa daripada pihak
MARA, Kelas Teknik Menjawab untuk UPSR, Lawatan Ke Parlimen dan sekita Kuala Lumpur
dengan menaiki kapal terbang, Program Koperasi Sekolah Pesisir ,Program Khidmat
masyarakat dan komuniti Sekolah Pesisir. Kerjasama semua pihak telah membantu untuk
memperkasa dan memartabatkan sekolah pesisir pantai setanding dengan sekolah berada
di kawasan bandar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 199

