Page 216 - e Prosiding Serai 2021
P. 216

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               = .82). Manakala konstruk PAK 21 pula, min tertinggi adalah M = 4.51 ( SP = .61 ) dan paling
               rendah adalah M = 4.48 (SP =.66 ). Konstruk tertinggi bagi bukan akademik pula adalah M =

               4.72 (SP = .45 ) dan paling rendah M = 4.51 ( SP = .56 ). Manakala bagi konstruk penyelidikan
               inovasi  paling  tinggi  adalah  M  =  4.84  (SP  =  .36  )  dan  paling  rendah  4.81  (SP  =  .91  ).
               Seterusnya bagi outcome pula iaitu motivasi pensyarah min paling tinggi bagi kontruk tersebut

               pula  adalah  M  =  4.78  (SP  =  .41)  dan  paling  rendah  M=  4.39  (SP  =  ..60).  Walau
               bagaimanapun,didapati ke semua min konstruk-kontruk tersebut adalah berada pada skala

               tinggi.

                       Secara keseluruhannya hasil dapatan jelas menunjukkan bahawa program pesisir dapat

               memberi motivasi yang tinggi terhadap pensyarah dalam menjalan tugas dalam membantu
               program pesisir ini berjalan lancar. Hasil dari program pesisir  yang dijalankan disekolah telah
               memberi motivasi kepada pensyarah untuk menjalankan lebih banyak kajian penyelidikan dan

               inovasi.

                       Pensyarah juga membuat sumbangan dari segi konsultasi kepada sekolah-sekolah

               yang  memerlukan  sumbangan  dari  segi  pengajaran  dan  pembelajaran  bilik  darjah  dan
               sebagainya.



               KESIMPULAN

               Konklusinya, dapatan kajian ini menunjukkan tahap motivasi kerja pensyarah yang terlibat

               dalam pelaksanaan program pendidikan pesisir pantai (4P) adalah berada pada tahap tinggi.
               Sehubungan itu, adalah diharapkan program ini terus dilaksanakan pada masa akan datang

               sebagaimana  komen  bertulis  yang  telah  dinyatakan  oleh  responden  kajian  ini  yang
               sebahagaian besarnya mahu agar program ini terus dilaksanakan pada masa akan datang
               kerana dengan cara ini juga motivasi kerja pensyarah dapat ditingkatkan dan sekali gus dapat

               membantu kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan murid-murid,
               guru di sekolah pesisir pantai melalui dapatan penyelidikan yang diperoleh. Melalui cara ini

               juga  banyak  masalah  murid  dapat  diselesaikan  dan  secara  tidak  langsung  dapat
               mengurangkan peratusan murid yang bermasalah melalui pendekatan dan bimbingan yang
               sesuai tanpa meminggirkan mana-mana murid dalam usaha memberi pendidikan yang holistik

               kepada semua murid sebagaimana matlamat pendidikan yang telah digariskan dalam Pelan
               Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam usaha merapatkan jurang pendidikan
               tanpa mengira lokaliti sekolah tersebut.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                198
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221