Page 271 - e Prosiding Serai 2021
P. 271

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                  Dapatan kajian dianalisis menerusi Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan
                  menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan peratusan, skor min dan sisihan
                  piawai. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), analisis skor berasaskan minimum

                  satu  item  ialah  1  dan  markah  maksimum  ialah  5.  Melalui  Norhanisha  Yusof,  Syamsiah
                  Hussin, & Syaiful Anas Ibrahim (2011) yang mengadaptasi Wiersma (1995), jadual tafsiran

                  min seperti berikut turut dirujuk:

                  Jadual 1: Interpretasi Tahap Julat Min

                         Kod kumpulan        Julat                          Tahap
                         1                   1.00 – 2.40                    Rendah

                         2                   2.41 – 3.80                    Sederhana
                         3                   3.81 – 5.00                    Tinggi
                  Sumber: Norhanisha Yusof, Syamsiah Hussin, & Syaiful Anas Ibrahim, (2011)


                  DAPATAN KAJIAN

                  Jadual 2 menunjukkan profil demografi responden. Di dalam kajian ini, 180 responden telah
                  memberi  maklum  balas  terhadap  borang  soal  selidik.  Peratusan  agihan  daripada    segi

                  faktor demografi jantina dan bangsa menunjukkan jurang perbezaan yang ketara berikutan
                  populasi pelajar PMKu juga mempunyai perbezaan jumlah bagi ciri-ciri tersebut. Manakala

                  bagi faktor umur, program dan semester menunjukkan pecahan agihan peratusan yang
                  seimbang walaupun terdapat item yang menunjukkan peratus yang agak rendah.
                         Sebanyak 63% responden adalah pelajar perempuan, manakala 37% merupakan

                  pelajar lelaki. Umur responden yang mempunyai peratusan tertinggi adalah 19 tahun (28%),
                  diikuti 21 tahun dan 18 tahun (23%), 20 tahun (20%) dan terendah 22 tahun ke atas (6%).
                  Majoriti  pelajar  yang  menjawab  borang  soal  selidik  adalah  bangsa  Melayu  dengan

                  peratusan ketara 95%, manakala bangsa lain berkongsi peratusan selebihnya, Cina (2%),
                  India (2%) dan lain-lain (1%).
                         PMKu  menawarkan  2  program  sahaja  di  bawah  Jabatan  Pelancongan  dan

                  Hospitaliti. Sebanyak 52% responden merupakan pelajar program Diploma Perkhidmatan
                  Makanan  Amalan  Halal,  manakala  48%  responden  merupakan  pelajar  Diploma

                  Pengurusan Pelancongan. Faktor semester pengajian juga menunjukkan agihan peratusan
                  yang seimbang dan boleh dirujuk di profil demografi responden telah diringkaskan di dalam
                  jadual 2 di bawah:








                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                253
   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275   276